Saturday, December 27, 2008

SEMINAR SEHARI HAIDH, NIFAS DAN ISTIHADHOH


Gambaran peserta sedang tekun mengikuti Seminar

Perserta lelaki pun ada. Gambar kiri- Ust Ahmad Rozaini
Hari ini 27/12/08 (Sabtu)Seminar yang julung-julung kali diadakan di pondok dan mungkin pertama kali dibahaskan tajuk ini di sekitar Manjung secara seminar sehari. Rugi siapa yang tak merebut peluang ilmu ni. Penceramahnya pula guru ana sendiri Ust Ahmad Rozaini b. Abdul Rahman daripada Pondok Pakteh Pengkalan Hulu. Bayaran pendaftaran cuma RM15 je, tak padan dengan ilmu yang banyak dalam program ini.

TAFAQUH FIDDIN BERSAMA UST ZULKIFLI ARSHAD










Mulai pada 24/12/08 hinggga 28/12/08 Pondok menerima Ust Zulkifli Arshad daripada Kuala Nerang, Kedah dan memfokuskan kitab As-Syu'bul Iman. kuliah berjalan setiap hari pagi jam 9-11, lepas Asar dan Lepas Maghrib. Pondok tak jemu-jemu memberikan ilmu kepada masyarakat.


Wednesday, December 24, 2008

MAJLIS KORBAN DI PONDOK






Pada hari raya ketiga iaitu hari Rabu 11/12/08 kami telah mengadakan korban 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh Subki b. Othman kawan sekolah saya dulu yang sekarang mengajar di Kg Gajah dan Fazinal b. Idris (tauke lembu bt 14). Majlis ini diadakan secara sederhana dan gotong royong dengan penghuni pondok dan pelajar-pelajar pondok yang tingagal di sekitar Batu 10 dan Sitiawan serta dibantu oleh Pemuda Pulau Pangkor.