Friday, November 27, 2009

LAHIRNYA SEORANG PEJUANG DI PONDOK





Tanggal 25/11/2009 merupakan tarikh bersejarah kerana pondok menerima tetamu baru dengan berat 3.7 kg yang di beri nama Syed Ahmad Yasin. Setelah menanti selama lima tahun akhirnya atas kesabaran yang Allah beri, lahirlah seorang bayi yang InsyaAllah akan berjuang menegakkan yang hak sehebat namanya yang digeruni oleh musuh-musuh Yahudi laknatullah di Palestin. Terima kasih Umi kerna mengandung dan melahirkan pejuang ini, walaupun terpaksa berhempas pulas menahan kesakitan mengandung dan pembedahan. Hanya Allah lah yang membalas jasa Umi, abang amat menyayangi kalian semua.

Tuesday, November 10, 2009

Pondok Intensif ‘09

DIkirim oleh epondok di November 9, 2009


Istimewa Musim Cuti Sekolah / IPT
Tarikh : 8 – 25 Disember 2009
Tarikh Tutup Daftar :
Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan
(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / e-mail)

Syarat & Yuran Penyertaan
• Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 80 orang sahaja)
RM 210 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)
Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)
8 Disember 2009 (Selasa) jam 9.30 – 11.00 pagi
Tempat Program :
Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum
Bt 10, Lekir, 32020, Sitiawan, Perak

Pengisian
• Pengajian kitab Perukunan
• Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
• Kitab Pelita Penuntut
• Tazkirah dan ceramah motivasi
• Kursus jenazah lengkap
• Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
• Hafalan surah-surah pilihan
• Tadarrus al-Quran
• Latihan amali fardhu ‘Ain
• Latihan khutbah dan azan
• Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran
• Diletakkan dalam kelas khusus
• Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
• Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa
Pakaian harian (digalakkan jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakain solat (sebaiknya jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis
Hubungi :
019-5121274 (Ust Syed Sharim) / 012-5166234 (Hj Ramlan) / 019-5710180 (Hasliza)
Tel: 05-6793700 (P)
e-mail : syedsharim@yahoo.com Blog : http://manabiululum.blogspot.com/

Etika Pemakaian Ziarah Pondok

DIkirim oleh epondok di Jun 20, 2009

Makluman penting kepada tuan, puan, saudara dan saudari yang ingin melawat pondok samada untuk lawatan sambil belajar, siapkan tesis pengajian, ziarah ibubapa atau anak dan saudara mara yang belajar di pusat pengajian pondok maka hendaklah mematuhi cara pemakaian agar menjaga syariat Islam dan menghormati pusat pengajian Islam.

  1. Lelaki

- Menutup aurat dengan sempurna

- Tidak memakai pakaian yang melambangkan gambar yang tidak senonoh dan bertentangan dengan Islam

  1. Perempuan

- Sebaiknya memakai jubah labuh

- Sekurangnya baju kurung atau sejenisnya

- Bertudung dengan sempurna bukan setakat skaf sahaja yang masih menampakkan rambut

- Tidak dibenarkan memakai t-shirt dan seluar yang kebanyakannya menampak bentuk tubuh yang menyebabkan tidak sempurna dalam masalah aurat

Semoga arahan ini dipatuhi demi mentaati perintah agama bagi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


BERARAK MENDUNG KELABU




Setelah berlalu bebrapa ujian getir pada pondok, AJKnya dan warga pondok, kini sinar mentari kembali muncul untuk membawa sinar gembira kembali kepada warganya. Jumaat 6/11/09 yang lepas telah berlangsung majlis akad nikah antara Ust Ismail b. Lebai Teh (tenaga pengajar pondok ini) dengan makcik Fauziah bt Che Long (mek Kelate) yang diadakan di surau pondok dengan dihadiri 200 orang tetamu termasuk warga pondok.
Majlis kenduri pula diadakan pada hari Ahad 8/11/09 di pondok, juga dengan sambutan serba sederhana tetapi meriah. Gambar-gambar suasana bahagia ini boleh dilihat pada slide di sebelah. Moga bahagia selamanya. Memang pasangan ini sangat sesuai.