Wednesday, April 28, 2010

ZIARAH PAK MAT DAN ISTERI




r

Pada malam Selasa yang lepas (26/4/10) rombongan Makcik2 dalam pondok telah pergi melawat Pak Mat dan isterinya di KDSK Manjung. Baru-baru ini isteri Pak Mat telah dibedah dan sakit kencing manisnya semakin membimbangkan. Bahkan terpaksa menggunakan mesin homeodialisis. Kami mendoakan kesihatan beliau.

Monday, April 26, 2010

MOTIVASI UST ABDULLAH KHAIRY DRP PENANG

IJTIMAK MINGGUAN PONDOK






Ijtimak mingguan minggu lepas telah diberikan oleh Ust Abd Rahman daripada Negeri Sembilan (Hikam) dan Ust Khairuddin Mat Saman Kati (Kitab Hidayatul Mutafakkirin)

Sunday, April 18, 2010

ZIARAH DAN RAMAH MESRA ANAK PESERTA CHANGKAT LADA





Kakitangan Felcra Changkat Lada telah datang pada 17/4/2010 sambil beramah mesra dengan seluruh warga pondok. Mereka juga bermurah hati untuk membuat rawatan muka kepada warga pondok dan berakhir dengan makan tengahari semalam.

Friday, April 16, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN






Selepas solat Subuh pagi tadi (16/04/10), empat org opah yang khatam Al-Quran telah buat majlis tersebut dengan sedikit sarapan pagi kepada semua warga pondok. Moga berkat semuanya.

Sunday, April 11, 2010

PASANG SPEAKER BARU



















Sabtu 10/4/2010, 2 orang Cikgu Sekolah Teknik iaitu Cikgu Suhaimi dan Cikgu Zainal Hisyam dibantu oleh Botak (bekas pelajar sekolah Teknik, kini belajar di TAFE Kolej Seremban). Pemasangan satu speaker untuk pejabat dan satu lagi dibelakang pondok blok B5 untuk memudahkan panggilan nama pelajar dan laungan azan dan pengajian kedengaran. Moga Allah balas jasa anda semua

PASANG SPEAKER BARU

KENDURI MAKCIK HABUMAH DENGAN UST. ISMAIL






























Sabtu 10/04/10, sekali lagi sejarah berlaku apabila Ust Ismail melangsungkan perkahwinan dengan warga pondok, Makcik Habumah di rumah beliau semalam. Majlis turut dihadiri oleh semua warga pondok dan keluarga kedua belah pihak. Moga berkekalan dan bahagia.

SENAMAN DAN SARAPAN PAGI










Sabtu 10/4/10, semua pelajar lelaki ada rool call, spot check dorm dan senaman pagi hari ini bersama En. Ridzuan b. Sudin dengan semua pelajar lelaki selepas itu sarapan pagi pula di sponsor oleh opah-opah pondok pulak. Badan sihat, perut pun kenyang alhamdulillah.

LAWATAN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIPK

Pada hari Khamis yang lalu (8/4/2010), Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum amat berbesar hati apabila didatangai oleh Ust Nasarudin (Penolong Pengarah Bhgn Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak) dan beberapa pegawai JAIPk yang lain untuk memantau perjalanan Kompleks untuk memberikan kebenaran pendaftaran di bawah Jaipk sebagai sebuah institusi pendidikan.