Tuesday, June 28, 2011

PERASMIAN MADRASAH UTAMA DAN MAJLIS ISRA' MIKRAJ





Khamis 23/6- Hari bersejarah di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum yang mana renovation surau yang menelan belanja RM70 ribu telah berjaya disiapkan hasil kutipan derma, zakat dan wakaf orang ramai. Semua warga pondok bertungkus lumus membuat finishing touch sekaligus menyambut majlis perasmian madrasah utama tersebut dan sambutan peristiwa Isra dan Mikraj yang akan disempurnakan oleh Ybhg Dato' Syeikh Mohd Nor Mansor Al Hafiz (mantan Pengarah JAIPk) sekaligus ahli majlis fatwa negeri Perak. Majlis yang sederhana tapi meriah itu sangat bermakna pada kami. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan pembinaan madrasah utama itu termasuk Dato' Syeikh.

Thursday, June 23, 2011

Pertunangan di Pondok





Sabtu 18/6 - kali pertama majlis pertunangan diadakan di Pondok antara Kak Karima dengan Rodhi daripada Pulau Pinang. Majlis yang diadakan dengan cukup sederhana tapi meriah itu telah selamat menyempurnakan pertunangan dengan mas kahwin sebanyak RM55 dan hantaran sebanyak RM3000. Insya Allah majlis walimatul urus akan diadakan selepas hari raya nanti. Moga selamat semuanya

Mesyuarat PERMATA di Kota Bharu

Pada 18/6 yang lalu, kami dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia yang diadakan di Perpustakaan Az-Zahra Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat ini telah berjaya mengumpulkan 26 buah sekolah tahfiz swasta seluruh negara yang bersama-sama bergabung untuk menjalankan aktiviti secara bersama. Dalam mesyuarat tersebut Ust Manolito telah dilantik menjadi Presiden PERMATA yang baru untuk sessi 2011-2013.

Friday, June 3, 2011

Perginya Seorang Ulama Tasauf

Baru sebentar tadi jam 10.30 malam, telah sampailah janji Tuhan Rabbul Jalil yang berkuasa ke atas hambanya memanggil pulang ke Rahmutallah seorang pejuang agama yang mengabdikan dirinya untuk Allah, pengasas pondok Darul Atiq Kuala Kubu Bahru, Selangor. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan diri bersama para solihin di syurganNya. Amin/ Takziah untuk Ust Rizam dan seluruh keluarganya daripada Pengurus dan Warga Pondok Manabiu Ulum Bt 10 Lekir Sitiawan.
Rumah Ust Ghazali Hasbullah (zuhud sungguh)

Thursday, June 2, 2011

Gambaran Terkini Surau Pondok





Alhamdulillah akhirnya surau yang dibuat penambahan dan renovasi hampir 80% siap, semuanya datang daripada sumbangan, derma, waqaf dan zakat orang ramai. Mudah-mudahan ianya menjadi amal jariah yang berkekalan kepada semua penyumbangnya. Semoga para penyumbang ke arah terbinanya surau ini dapat melihat sendiri wang sumbangan mereka dimanfaatkan sebaiknya

Imtihan Pertengahan Tahun 2011





Tekunnya mereka menjawab soalan peperiksaan. Selalunya sistem pondok tiada peperiksaan namun di KPMU semua ini diubah untuk memberikan para pelajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Peperiksaan di KPMU telah bermula pada 1/5 - 8/5/2011. Seramai 62 orang telah menduduki peperiksaan kali ini. Bermula dengan subjek Tauhid, Feqah, Tasawuf , Nahu
, Tafsir, Hadis dll. Semoga semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

REHLAH MUSLIMAT DI TELUK SENANGIN