Saturday, January 21, 2012

AKAD NIKAH KAK AISYAH









Jumaat 20/1/12 - Masjid Daerah Manjung menyaksikan detik bersejarah Nur Aisyah Usha bt Abdullah selamat diijabkabulkan dengan Jumadi b. Mahat daripada Terengganu dengan mas kahwin RM80.oo tunai. Kak Aisyah ialah warga pondok kami, beliau seorang muallaf yang memeluk Islam tahun 2008 dan merupakan kerani dan warden bagi pelajar perempuan. Jasa dan baktinya selama 2 tahun lebih di pondok amat kami hargai dan kami doakan moga Allah merahmati perkahwinan beliau. Semalam kami juga telah menemukan beliau dengan ibunya yang telah terpisah selama 36 tahun. Suatu jejak kasih yang sangat memilukan. Kami juga telah membawa ibunya bersama ke pondok untuk menyaksikan pernikahan ini. Esok 21/1, Majlis perkahwinan akan diadakan di pondok, Semua pembaca blog yang ada berhampiran dengan pondok di jemput hadir.

No comments: