SABTU 16/10/10 - Kami menerima jemputan daripadaa PASKAL ke Hari terbuka Paskal yang diadakan hari ini sambil mereka ingin meraikan anak2 yatim, muallaf dan pelajar pondok. Jam 8 am bas TLDM telah sampai untuk mengambil pelajar pondok. Pelbagai pertunjukkan hebat dijalankan antaranya peluang menembak menggunakan pistol dan MP5A5, rock climbing, memasak makanan dalam hutan, pameran dan barang2 jualan. Terima kasih banyak pada CO Paskal dan semua pegawai2 yang terlibat menjemput kami. Pengalaman ini sangat berharga untuk anak2 pelajar kami.
Saturday, October 16, 2010
JEMPUTAN HARI TERBUKA PASKAL TLDM LUMUT
SABTU 16/10/10 - Kami menerima jemputan daripadaa PASKAL ke Hari terbuka Paskal yang diadakan hari ini sambil mereka ingin meraikan anak2 yatim, muallaf dan pelajar pondok. Jam 8 am bas TLDM telah sampai untuk mengambil pelajar pondok. Pelbagai pertunjukkan hebat dijalankan antaranya peluang menembak menggunakan pistol dan MP5A5, rock climbing, memasak makanan dalam hutan, pameran dan barang2 jualan. Terima kasih banyak pada CO Paskal dan semua pegawai2 yang terlibat menjemput kami. Pengalaman ini sangat berharga untuk anak2 pelajar kami.
KHATAM AL-QURAN DI PONDOK
PELAJAR BANTU PAK ALI BUAT PAGAR
Saturday, October 9, 2010
LAWATAN PELAJAR2 VOKASMA KE PONDOK
JAMUAN RAYA TNB SEGARI MALAKOFF
JUMAAT 8/10/10- Janakuasa TNB Segari telah menjemput kami semua pelajar ke Jamuan Aidil Fitri yang diadakan di stesen Janakuasa tersebut bermula jam 3 petang selesai solat Jumaat. Kami dilayan dengan amat baik dan semua pelajar diberikan duit raya. Kami pulang jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat di TNB Segari.
Thursday, October 7, 2010
JAMUAN HARI RAYA PERSATUAN PENIAGA2 MELAYU LUMUT
BELI KASUT SEKOLAH ANAK YATIM
Friday, October 1, 2010
PULANGNYA KERAHMATULLAH GURU KU YANG TERSAYANG


Pagi tadi saya dan Ust Abu Bakar Husein(PJ Perak) bersama ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.



Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1953 dengan tamat darjah 5. Disebabkan kemiskinan keluarganya tidak mampu menyara pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MCKK. Walaubagaimanapun beliau berpeluang meneruskan pengajian agama secara pondok di Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959, Pondok Pasir Tumboh ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau berguru dengan beberapa Tuan Guru yang terkenal antaranya Tuan Guru Hj Mohamad Saman Kati, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama tersohor di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar Pasir Tumboh.



Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.
PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.
Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.
Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.
Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.
***Bagi penulis Pak Teh amat berjasa dalam hidup saya kerana dialah punca mulanya ana mengenal ilmu agama dengan sebenarnya. Kasih sayang serta sokongan padunyalah menyebabkan ana dapat mendirikan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum ini bagi mengembangkan ilmu agama yang beliau sampaikan. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Pak Teh. Pemergianmu ibarat kehilangan jantung bagi diriku. Hanya syurgalah balasan setimpal bagimu Guru yang amat kami sayangi. Akan kuteruskan jasa, pengorbanan dan semangatmu Pak Teh.

Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.