Friday, July 2, 2010

GOTONG ROYONG OLEH KD HANG TUAH

Selasa 29/6/2010 - Seramai 60 orang anggota TLDM daripada KD Hang Tuah telah datang melawat, gotong-royong dan mmengadakan kenduri di Kompleks ini. Mereka datang seawal jam 7 pagi hinggalah jam 5 petang. Antara kerja amal yang telah mereka lakukan ialah memperbaiki loker pelajar yang rosak, membuat padang badminton, sepak takraw dan bola tampar. Pihak pengurusan Kompleks mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasukan KD Hang Tuah, sesuai dengan namanya yang sentiasa berbakti demi orang lain. Moga Allah memberkati kalian.
** gambar akan menyusul**

Thursday, June 24, 2010

PELAJAR PONDOK BERBUKA PUASA DAN BACA YASIN






Khamis 24/6/20- sudah menjadi rutin setiap hari Isnin dan Khamis pelajar berpuasa sunat dan mengadakan majlis bacaan Yasin setiap malam Jumaat. Ini adalah malam Jumaat pertama setelah mereka pulang daripada bercuti seminggu minggu lepas.

Sunday, June 6, 2010

MUSA BERKHATAN






Pagi tadi 5/5/10 jam 7.30 telah dijalankan Majlis Berkhatan yang dianjurkan oleh Masjid Sg Tiram, Lekir. Pihak Kompleks telah ditawarkan menyertai program tersebut dengan menghantar pelajar dan ditaja sepenuhnya oleh pihak Masjid. Oleh kerana pelajar lain semua sudah berkhatan hanya Musa b. Ismail, pelajar muallaf kita yang berusia 9 tahun saja yang ada, maka beliaulah menjadi peserta tunggal daripada pondok ke majlis tersebut. Alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih.

Monday, May 31, 2010

IJTIMAK BULANAN UST AHMAD ROZAINI






Minggu kelima muncul pada bulan Mei, maka kuliah Kitab Matan Jauharah Tauhid yang disampaikan oleh Ust Ahmad Rozaini daripada pondok Pak Teh Pengkalan Hulu diadakan pada 29 dan 30 Mei, semalam dan tadi. Sambutannya agak kurang memberangsangkan mungkin kerana banyak kenduri kahwin dan cuti tiga hari bermula hari Jumaat yang lalu. Namun banyak kupasan-kupasannya memberikan nuansa pemahaman aqidah yang jelas kepada hadirin. Di sebelah malam Sabtu beliau mengadakan kuliah Maghrib di Masjid KDSK dan malam tadi di Masjid Ayer Tawar.

Tuesday, May 18, 2010

TAFAQQUH FIDDIN PONDOK






Kuliah Tafaqquh Fiddin pada minggu ini telah disampaikan oleh Ust Rahman daripada Negeri Sembilan dan Ust Abdullah Isa daripada Baling. Kehadiran sekitar 100 orang ke pondok merupakan aktiviti rutin mingguan pengajian untuk orang awam di pondok setiap minggu.

Thursday, May 13, 2010

MOTIVASI PELJAR PONDOK BERSAMA CIKGU SUPIAN DAN MUHASABAH ATAS KUBUR

Pelajar sedang mendengar taklimat sebelum ke kubur

Insaf semasa program motivasi
Fatahillah

Pada Jumaat lepas 7/5/2010 jam 11.30 malam seramai 12 orang pelajar2 pondok yang ada masalah disiplin dibawa ke kubur Pasir Panjang bersama 30 orang pelajar Sekolah Teknik untuk menjalani muhasabah selama 2 jam atas kubur hinggalah jam 2 pagi. Petang tadi 13/5 pula pelajar2 Tahfiz dan pondok sepenuh masa mengukuti program motivasi di Sekelah Menengah Vokasional Seri Manjung bersama Cikgu Supian daripada Taiping. Semua usaha ini dibuat ialah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka terhadap kesalahan yang telah dilakukan serta mengubah sikap kepada positif atau mahmudah. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh.

Wednesday, May 12, 2010

LAWATAN KE PENGKALAN TLDM DAN DOA SELAMAT RUMAH PANGLIMA















Petang semalam jam 3 pm, semua pelajar Kompleks Manabi'ul Ulum telah dijemput ke Pengkalan TLDM oleh Panglima TLDM Lumut. Kami dibawa melawat beberapa buah kapal dan akhirnya jamuan makan dan doa selamat di kediaman Panglima tersebut. Pondok amat berterima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan serta sumbangan kewangan kepada para pelajar dan pondok telah membuktikan keperihatinan masyarakat terutama Panglima sendiri terhadap golongan anak yatim, fakir miskin dan muallaf amat baik.