Monday, March 7, 2011

PELAJAR MINUM AIR YASIN





Malam ini semua pelajar lelaki dapat minum air setelah dibacakan yasin dan tahlil secara beramai-ramai, mudah-mudahan akan bertambah kuat iman, rajin beribadah dan hilang semua sifat mazmumah yang berada dalam diri setiap pelajar. Moga Allah memperkenankan doa kami. Bacaan yasin ini juga dibuat sempena ada beberapa pelajar yang mengaji pondok sementara menunggu keputusan SPM akan pulang ke rumah mulai esok kerana keputusan SPM mereka sudah hampir. Kami doakan moga mereka berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak soleh dan solehah.

No comments: