Saturday, December 27, 2008

SEMINAR SEHARI HAIDH, NIFAS DAN ISTIHADHOH


Gambaran peserta sedang tekun mengikuti Seminar

Perserta lelaki pun ada. Gambar kiri- Ust Ahmad Rozaini
Hari ini 27/12/08 (Sabtu)Seminar yang julung-julung kali diadakan di pondok dan mungkin pertama kali dibahaskan tajuk ini di sekitar Manjung secara seminar sehari. Rugi siapa yang tak merebut peluang ilmu ni. Penceramahnya pula guru ana sendiri Ust Ahmad Rozaini b. Abdul Rahman daripada Pondok Pakteh Pengkalan Hulu. Bayaran pendaftaran cuma RM15 je, tak padan dengan ilmu yang banyak dalam program ini.

TAFAQUH FIDDIN BERSAMA UST ZULKIFLI ARSHAD










Mulai pada 24/12/08 hinggga 28/12/08 Pondok menerima Ust Zulkifli Arshad daripada Kuala Nerang, Kedah dan memfokuskan kitab As-Syu'bul Iman. kuliah berjalan setiap hari pagi jam 9-11, lepas Asar dan Lepas Maghrib. Pondok tak jemu-jemu memberikan ilmu kepada masyarakat.


Wednesday, December 24, 2008

MAJLIS KORBAN DI PONDOK






Pada hari raya ketiga iaitu hari Rabu 11/12/08 kami telah mengadakan korban 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh Subki b. Othman kawan sekolah saya dulu yang sekarang mengajar di Kg Gajah dan Fazinal b. Idris (tauke lembu bt 14). Majlis ini diadakan secara sederhana dan gotong royong dengan penghuni pondok dan pelajar-pelajar pondok yang tingagal di sekitar Batu 10 dan Sitiawan serta dibantu oleh Pemuda Pulau Pangkor.

Saturday, November 29, 2008

Kem Pondok Intensif
















Hari ini 29/11/08 merupakan hari terakhir pelajar2 Pondok Intensif belajar 'memondok' dan mengikuti tarbiyah ala Pondok. Petang ni majlis penutup akan diadakan jam 3.oo petang bersama dengan ibu bapa dan majlis penyampaian hadiah. Pagi ini gotong royong pondok diadakan:


Gambar di Majlis perasmian Penutup Kem Pondok Intensif 2008

Saturday, November 22, 2008

CUTI PENGAJIAN HARIAN

Bagi pelajar-pelajar Pondok yang mengikuti pengajian Isnin - Khamis, pondok akan mula bercuti pada 24 Nov. hingga 22 Disember 2008. Ini memberi peluang kepada guru dan semua pelajar pondok bersama-sama keluarga semasa musim cuti persekolahan. Harap Maklum

PROGRAM PONDOK INTENSIF


Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum menawarkan program musim cuti sekolah bagi para pelajar untuk merasai suasana kehidupan dan pengajian di pondok selama seminggu. Program terbuka kepada seluruh warga Manjung, maklumatnya seperti berikut:
Tarikh: 23 - 29 November 2008
Bayaran : RM160/orang (makan, penginapan dan kitab)
Penekanan : Al-Quran, Fardhu Ain, Tauhid, Feqah dan Tasawuf
Pendaftaran : 5.00pm hari Ahad
Maklumat lanjut hubungi : Ust Hamid 019-4141914 atau Ust Syed 019-5121274

Wednesday, November 12, 2008

PKAF Membantu Mangsa Kebakaran di Sg Sumun, Hutan Melintang




Kebakaran yang menimpa rumah Mazlan bekas pelajar Sek. Teknik Seri Manjung pada 18/10/08 yang lalu jam 8 malam.
The sad looking shack built by the villagers for Puan Hasanah and Mazlan
RubbleUstaz Syed and Encik Ramlan looking at a photo which is partly burnt
Encik Ramlan and Ustaz Syed giving explanations to the three makciks
Mazlan and his former Pendidikan Islam teacher

Mazlan picking up a partly burnt page of the STESMA magazine

What is left of the STESMA 2007 magazine

A partly burnt photo of Ustaz Syed kept by Mazlan that was salvaged from the rubble

Another page from the STESMA magazine

The men chat outside while the ladies do so inside the shack

What is left of Mazlan's motorcycle
The makeshift toilet

Even the trees were not spared


Puan Hasanah and her neighbours

There is no electricity in the shack and so they have to use the oil-lamp
Miss Cheah and the three ladies

This morning in school, Ustaz Syed asked if Puan Kamariah and I could go with him to Mazlan's village to try and persuade his mother, Puan Hasanah, to temporarily stay at the Pondok in Batu 10 while a new house is built for her. He said that he and Cikgu Suhaimi had tried asking her to do so on their first visit but she had refused them. I totally agreed with him that the shack that she and Mazlan are currently living in is actually really bad. If there is a strong wind, then it would be bye, bye to all the rusty zinc sheets that are used as the walls of the dilapidated dwelling.

Well, today I got to see firsthand how bad the condition of the place is. In the pictures that were taken by Cikgu Suhaimi, the compound appear to be really big but not so in real life. Anyway, the place was filled with rubble of what used to be a house. After only about 10 minutes inside the shack, I was sweating profusely as it was really hot inside the shack. I made an excuse of going out to take photos for a while as I was suffocating and also drenched in sweat. I also noticed that the zinc sheets were rusty and there were holes in them and there were openings at the top. I am sure that if it rains heavily, the both of them would be drenched. Besides, the mosquitoes were having a fun time sucking my blood. I should have brought mosquito coils for them as there is always this fear of dengue fever or malaria.

Both Puan Kamariah and I then tried to convince Puan Hasanah to relocate to the Pondok for the time being as this would be to her best interest. I started the ball rolling by giving a few reasons why she should go to the Pondok. Then Puan Kamariah took over and tried to extol the virtues of the temporary relocation. However, try as we could, Puan Hasanah refused to budge from her land. Mind you, she had two strong supporters flanking her and there was no way that she was going to agree to our proposal. So that meant that our mission had failed.

Anyway, Encik Ramlan asked Puan Ayun Bastia (the wife of the village head, the one with the purple headscarf) if the villagers were willing to help build a new house for Puan Hasanah if all the building materials were supplied by well-wishers. If the villagers were willing then Encik Ramlan will be sending the building materials worth around RM6,000 next week.

Thursday, October 30, 2008

Maklumat Warga Kompleks Manabiul Ulum

Berikut ialah Data terkini Warga Emas dan Anak Yatim yang ada di Pondok:

Makumat Anak Yatim


Maklumat Warga Emas



Pemasangan Talian Telefon Tetap

Mulai semalam (29/10/08) Telekom Malaysia telah memasang talian tetap di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Dua hari lagi streamyx pula akan dipasang. No talian pondok:
1. Pejabat : 05-6793532
2. Bilik Lembaga Pengarah : 05- 6793700

Sejarah Perkembangan Persatuan Kebajikan Al-Furqan

Movie maker ini menggambarkan perjalanan pembinaan Komplek Pendidikan Manabiul Ulum daripada awal sehinggalah bulan Ramadhan 1429 yang baru lalu bersama dengan semua aktiviti yang dijalankan. Movie ini dipaparkan pada Majlis Jamuan Berbuka Puasa dan Taraweh meraikan semua penderma Persatuan Kebajikan Al-Furqan yang diadakan bulan Ramadhan yang lepas. Terima Kasih kepada semua penyumbang. Moga Allah murahkan rezeki tuan-tuan.

Thursday, July 24, 2008

Qiyamullail di Kompleks Manabi'ul Ulum

Seperti kebiasaan tiap-tiap bulan akan di adakan Qiyamullail pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, pada bulan ini akan diadakan pada:
Tarikh : 26/7/2008 (Sabtu malam Ahad)
Tempat : Kompleks Manabi'ul Ulum
Masa : Lapor diri jam 6.30 petang
Kuliah Maghrib : Ust Faizal
Kuliah Isyak : Ust Khairul Fahmi
**Makanan dan tempat tinggal disediakan**
Semua tuan-puan dijemput hadir ke Program tersebut, sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri dengan Allah S.W.T

Pamplet Terbaru Persatuan Kebajikan Al-Furqan

Friday, July 11, 2008

Lawatan Pegawai Jabatan Agama Islam Perak

Tarikh: 11 Julai 2008
Jam : 10.30 pagi
Tempat : Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum

Lawatan dan mesyuarat akan diadakan dengan Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Kebajikan Al-Furqan untuk berbincang mengenai kemasukan muallaf (saudara baru) untuk diterima belajar di Kompleks ini.

Tuesday, July 8, 2008

Warga Anak Yatim Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum


Gambar di sebelah menunjukkan anak-anak yatim Kompleks Pendidikan Mananbiul Ulum sedang bergambar bersama Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Hj Nizar b. Jamaluddin di Lumut Perak dalam majlis sumbangan untuk anak yatim.

AHLAN WA SAHLAN PELAWAT PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FURQAN

LATAR BELAKANG
Usaha menubuhkan Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini bertunas daripada rasa sedar dan keperihatinan yang mendalam terhadap menunaikan tanggungjawab ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang progresif dan berpengetahuan luas dalam bidang agama sekaligus membenteras ummiyatud dinniyah (buta agama). Ia juga bakal menjadi sarana penyalur bagi menampung keperluan golongan yang kurang berkemampuan daripada kalangan masyarakat marhein seperti golongan fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas, muallaf (saudara baru) dan sebagainya agar mereka dapat merasakan kenikmatan pendidikan, ekonomi dan sosial seperti orang lain.
Bagi mencapai impian ini, sejumlah besar peruntukan diperlukan bagi membiayai penubuhan Persatuan yang dimaksudkan. Peruntukan di atas adalah bagi menampung segala perbelanjaan yang mendasari empat aspek penubuhan iaitu; pembinaan, pembangunan institusi pendidikan (pondok moden), pentadbiran dan pengurusan. Namun Persatuan Kebajikan Al-Furqan yang menjadi penaung dan penaja kepada terbinanya Madrasah Manabi’ul Ulum yang bakal berfungsi sebagai pusat pengembangan dan kecemerlangan ilmu-ilmu Islam dan wadah bagi menampung pelbagai keperluan golongan marhein tersebut akan berusaha memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar.
Semoga dengan tertubuhnya Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini, akan dapat merangsang keprihatinan kita terhadap golongan yang amat dahagakan bantuan dan simpati daripada kita. Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi teras kearah membina sebuah masyarakat yang bersatu-padu, harmonis dan berilmu sejajar dengan Rukun Negara kita.

SEJARAH PENUBUHAN

Gagasan untuk menubuhkan Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini berputik daripada cetusan idea beberapa orang jemaah yang berminat dengan harapan agar dibina pusat pengajian Islam bagi menampung keperluan golongan fakir miskin, anak-anak yatim, muallaf dan warga emas khususnya dan masyarakat setempat amnya.
Hasil daripada maklumat dan penerangan yang diberikan kepada masyarakat setempat iaitu Tuan Haji Md Hussain b. Abbas yang telah bermurah hati menawarkan tanah untuk diwaqafkan milik adiknya; En Maaruf b. Abbas dan Raayah bt Abas seluas 8 ekar di Lot 1283 dan 1284, Batu 10, Lekir Setiawan.
Ekoran daripada cetusan idea tersebut, satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada sembilan orang ahli jawatankuasa telah dibentuk. Tanggungjawab utama Jawatankuasa Penaja ini ialah untuk merangka dan menyediakan draf kertas kerja projek menubuhkan dan menguruskan pusat pengajian Islam tersebut. Pada 21 Disember 2004, berlaku mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Penaja itu dan hasilnya sebulat suara bersetuju bahawa akan ditubuhkan persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Al-Furqan bagi mengurus dan menyelenggarakan projek membina pusat pengajian tersebut. Dalam perbincangan ini juga diputuskan bahawa nama pusat pengajian tersebut ialah Madrasah Manabi’ul Ulum dan pembiayaan penubuhan Persatuan ditanggung daripada yuran keahliannya manakala projek pembinaan madrasah pula hasil daripada derma, infaq, waqaf dan zakat daripada orang ramai. Draf Undang-undang Tubuh dan segala syarat penubuhan Persatuan telah siap dihantar pada awal Januari bagi mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

TUJUAN/MATLAMAT

Matlamat Persatuan Kebajikan Al-Furqan terbahagi kepada beberapa aspek:

(1) Dakwah
- Berusaha menghapuskan buta agama
- Berusaha untuk memberikan penerapan ilmu kepada masyarakat
- Berusaha menjadi jambatan kepada masyarakat bukan Islam mendekatkan diri dengan Islam.

(2) Pendidikan/Tarbiyah
- Meningkatkan tahap keilmuan masyarakat
- Mendekatkan golongan muda kepada kehendak beragama

(3) Ekonomi
- Menjadi penyalur kepada membantu meningkatkan ekonomi golongan warga emas, fakir miskin, anak-anak yatim, muallaf dan masyarakat sekitar khususnya dan pemangkin ekonomi Negara amnya.

(4) Kebajikan/Kemasyarakatan
- Berusaha menjaga kebajikan warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya.
- Menjadi wadah bagi segala aktiviti kemasyarakatan demi meningkatkan perpaduan masyarakat.