Wednesday, January 27, 2010

TAFAQQUH FIDDIN UST. AHMAD REZAM





Pada Ahad 24/1/2010 yang lalu, kuliah Tafaqquh Fiddin yang berjalan setiap hari Ahad kelihatan berbeza daripada biasa kerana mendapat sambutan yang cukup hangat daripada masyarakat sekitar. Kehadiran jemaah melebihi 100 orang mengingatkan kita suasana kembali seperti dulu yang mana kuliah mingguan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat. Kita doakan moga program sebegini terus menjadi sinar hidayah kepada masyarakat secara umum untuk memahami Islam.

Thursday, January 21, 2010

AKTIVITI SELEPAS KULIAH MALAM






Kuliah setiap malam tamat sekitar jam 10 malam, maka selepas supper pelajar-pelajar sekolah sibuk pula menyiapkan kerja sekolah mereka bagi menghadapi persekolahan esok harinya. Ada yang terus menghafal atau mentelaah buku. Bagi yang selesai kerja, boleh tidur awal untuk bangun awal Subuh esok, bahkan ada yang tidur di surau supaya terjaga awal khususnya pelajar tahfiz yang terpaksa bangun seawal jam 4.45 pagi dan mula menghafal. Begitulah sibuknya anak-anak pondok kita setiap hari.

Tuesday, January 12, 2010

ANAK YATIM PONDOK PERTAMA KE SARJANA

Esok pagi 13/1/09, Salamah bt Abas yang merupakan antara 4 orang anak yatim paling lama belajar di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum dengan biaya sepenuhnya daripada pondok dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Raja Nazrin (SARJANA) di Kg Gajah untuk Tingkatan 1. Ini berikutan keputusan baik dalam UPSR beliau iaitu 3A dan melepasi ujian kelayakan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Moga Allah memberkatinya dan moga dia berjaya dalam pelajarannya nanti. Syabas Salmah.

WARNA-WARNI KEHIDUPAN PONDOK 2009














































Hitam putih, suka duka warna kehidupan di Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum berakhir dengan kem pondok intensif pada akhir Disember 2009 yang lalu. Moga 2010 yang menjelang tiba memberikan sinar baru dalam kehidupan warga pondok, dimurahkan rezeki, dilapangkan segala masalah dan menjadi tempat golongan miskin dan mustad'afin mencari ilmu dan mendalami agama Allah.