Monday, June 29, 2009

LAWATAN PERSATUAN ISTERI PEGAWAI BOMBA PERAK





Pada hari Sabtu 26/6/09 yang lalu, jam 3.30 petang, rombongan Persatuan Isteri-isteri Pegawai Bomba Perak telah meluangkan masa melawat, beramah mesra dan memberikan bantuan makanan untuk penghuni Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum, Batu 10, Lekir. Rombongan seramai 30 orang itu datang sebagai salah satu program tahunan dengan Persatuan Kebajikan seluruh Perak dan dengan tujuan membantu meringankan beban rumah anak-anak yatim di negeri Perak ini. Kerja amal ini amatlah kami hargai, mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki mereka, terima kasih.

Wednesday, June 24, 2009

JADUAL PONDOK


Asssalamualaikum...

Jadual Pengajian Pondok, Jadual Harian Warga Emas dan Jadual Harian Anak Yatim telah dimasukkan pada bahagian bawah blog. Sila skroll ke bawah.

Sekian. Syukran Jazila.

Admin

Tuesday, June 23, 2009

GOTONG ROYONG DEPOT BEKALAN ARMADA TLDM






Pada 20/6/09 (Sabtu) yang lalu, seramai 65 orang pegawai dan anggota daripada Depot Bekalan Armada TLDM Lumut telah bertungkus lumus mengadakan program Jiwa Murni dengan mengadakan gotong royong di pondok Manabiul Ulum. Pasukan ini datang seawal jam 8 pagi hinggalah jam 12.30 tengahari.Mereka mesin rumput, meracun, menegecat surau, bersihkan persekitaran, tunjukkan kaedah memadam kebakaran dan sebagainya. Selepas makan tengahari mereka pulang, pihak pengurusan Kompleks mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti dan sumbangan kepada anak yatim serta warga emas di Kompleks ini mudah-mudahan Allah membalas jasa baik tuan-puan semua dengan ganjaran di akhirat.