Monday, January 2, 2012

SHAFIQ DIPANGGIL ILAHI


Ibu Shafiq redha dengan kehilangan anaknya
Keranda jenazah Shafiq



Sabtu 31/12/11 - Malam tahun baru yang mengundang satu tragedi menyayat hati berlaku iaitu salah seorang pelajar pondok Mohd Shafiq Ridhuan b. Yusuf dalam satu kemalangan ngeri di Batu 6 Lekir Sitiawan yang mengorbankan nyawa 6 lagi rakan beliau yang lain. Kemalangan tersebut yang berlaku sekitar jam 11 malam berpunca daripada MPV yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trailer gas. Ana sempat membacakan talkin untuk semua jenazah diperkuburan batu 14 petang semalam. Moga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkan mereka bersama dengan para solihin.