Tuesday, January 27, 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN DI KAYAN

Menteri Besar Perak pada hari ini 27/1/09 sempat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan memberikan sumbangan kepada fakir miskin dan istitusi sekolah serta rumah anak yatim di sekitar Manjung. Majlis diadakan di Spynie, Kayan, Lekir. Pondok turut sama disenaraikan sebagai penerima bantuan yang disumbangkaan oleh Syarikat Kayan Ent. Terima kasih banyak kepada semua yang prihatin.

YDP Persatuan Kebajikan Al-Furqan sedang menerima sumbangan daripada M.B

Bantuan kepada fakir miskin
M.B sedang berceramah

GAMBARAN TERKINI PEMBINAAN KOMPLEKS

Bahagian belakang yang sudah diratakan
Asrama baru anak yatim dalam pembinaan

Kerja-kerja memasang alang
pondok warga emas yang telah siap dibina

LAUNGAN AZAN MANTAN JOHAN MUSABAQAH ALQURAN PERINGKAT ANTARABANGSA


Baru-baru ini kami amat berbangga kerana didatangi oleh Ust Radhi Kamarun Hailan (Imam Besar Masjid Jln Dairy Ipoh) yang juga johan dua tahun berturut-turut Musabaqah Tilawah Alquran Peringkat Antarabangsa beberapa tahun dulu. Bahkan beliau sempat mengazankan solat Zohor kami pada tengahari tersebut. Alhamdulillah syukur pada Allah. Terima kasih Ustaz Radhi

Sunday, January 25, 2009

MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN IKM LUMUT

Pihak IKM Lumut atas semangat untuk membantu dan keperihatinan yang tinggi telah datang ke Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum pada 23/1/09 jam 4 petang untuk bermesyuarat tentang apa yang berkaitan dengan kerjasama membantu pembangunan pondok ini untuk masa akan datang. Mesyuarat tamat jam 4.45 petang dengan semua ketua-ketua jabatan tersebut bersetuju untuk turut sama mengembeling tenaga bagi membantu pembangunan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum ini.

YDP Persatuan sedang memberikan taklimat menyeluruh tentang Kompleks

PALESTINE KAMI BERSAMAMU

Pelajar putri sedang mendengar ceramah di stadium
Alhamdulillah jumlah kutipan derma pada malam itu RM22 ribu


Pada 21 Januari 09 yang lalu semua anak yatim Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum seramai 38 orang telah pergi ke stadium Manjung sebagai tanda simpati kepada rakyat Palatine yang sedang dibom dan dizalimi oleh Israel laknatullah:

Tuesday, January 13, 2009

SEMINAR SEHARI TAHSIN SOLAT

Persatuan Kebajikan Al-Furqan sekali lagi dengan berbesar hati menganjurkan program ilmiah iaitu Seminar Sehari Tahsin Solat seperti berikut:
Tempat : Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum
Tarikh : 31/01.09
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Yuran : RM10.00 (termasuk makan dan kertas kerja)
Penceramah : AF Ust Ahmad Rozaini b. Abd Rahman (asisstant Tn Guru Hj Abd Latif)
Tempat terhad kepada 150 orang sahaja. Cepat sebelum terlambat. Pendaftaran awal sahaja akan diterima.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Ust Syed 019-5121274, Ust Faizal 019-5597524 atau
Ust Hamid 019-4141914

Friday, January 9, 2009

ANAK YATIM DAPAT KATIL BARU

Sibuk memasang katil baru di asrama puteri
Pelajar asrama putera D1 juga dapat katil baru, tidor lena la malam ni

ANAK YATIM KE SEKOLAH

Fairus dan Aida sedang bersiap sedia ke sekolah seawal 7 am
Firhan Pangkor pun nak pi sekolah, semangat sungguh
Abang Zul mengiringi pelajar untuk ke sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir

Wednesday, January 7, 2009

MERIAHNYA 10 MUHARRAM BERSAMA ANAK YATIM

















Gambaran pelajar yatim dan Ustazah Sharifah sedang mencedok bubur lambok petang tadi. Lihatlah betapa gembiranya menyambut 10 Muharram bersama orang yang Allah kasih pada mereka dan Allah minta agar kita mengasihi mereka.

MESYUARAT DENGAN YB KESAVAN

Semalam pada 5 Januari 2009 jam 4.00 petang telah diadakan mesyuarat Khas berkenaan rumah Pn Khasanah yang terbakar di Bt 16 Sg Sumun Hutan Melintang. Mesyuarat telah diadakan di pejabat Penghulu depan sekolah SEMESTI Teluk Intan yang dihadiri oleh YB Kesavan, Tok Penghulu, Pn Ruby (Pjbt Daerah Teluk Intan), Tok Sidang Bt 16, Pn Khasanah dan beberapa orang lagi. Ana mewakili Persatuan Kebajikan Al-Furqan turut dijemput hadir oleh YB kerana turut membantu membina rumah Pn Khasanah yang terbakar hangus dalam kejadian pada 18/10/08 yang lalu.
Dalam mesyaurat tersebut pihak Penghulu telah berjanji akan menyiapkan rumah Pn Khasanah yang terbakar secepat mungkin. Dalam majlis itu juga YB menyampaikan sumbangan daripada M.B RM2500, Pejabat Daerah RM1000, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula berjanji akan memberi RM2000. Jumlah keseluruhan ialah RM10500 jika ditambah dengan kos barangan yang telah dibeli oleh Persatuan Al-Furqan. Kami mendoakan agar beliau dapat segera duduk di rumah barunya memandangkan sudah masuk 3 bulan beliau tinggal bawah "bangsal" sahaja. Semua usaha ini ialah kerana kasih sesama insan yang dianjurkan oleh agama Islam. Kata Nabi, "Tidak sempurna iman seorang kamu jika kamu tidak kasih kepada saudara kamu sepertimana kamu kasih pada dirimu sendiri."

Sunday, January 4, 2009

JASA MEREKA DI KENANG








Pada hari Jumaat jam 2.30 petang 2/1/2009 seramai 17 orang remaja daripada Manjung dan Batu 7 Lekir telah mengadakan gotong royong membersihkan asrama anak-anak yatim di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum . Mereka datang atas anjuran pejabat Belia Daerah Manjung bersama pegawainya En. Mohd Faez. Kesungguhan mereka bekerja membantu pihak Persatuan mengemaskan bilik asrama pelajar sebelum kemasukan para pelajar amatlah kami hargai dan sanjung tinggi. Tanpa bayaran satu sen pun mereka sanggup berkorban demi golongan marhaein ini, maaka ia memberi semangat baru kepada semua penghuni terutama pentadbir bagi mengharungi tahun 2009 ini.

Tak cukup dengan hari itu pada 3/1/09 (Sabtu) mereka datang sekali lagi dengan rombongan yang sama menyambung gotong royong di stor pondok pula sampai jam 5 pm. Ditutup dengan ucapan dari kedua belah pihak dan En Faez mewakili pejabat belia telah menyumbangkan sebanyak RM500 kepada pihak Persatuan. Ini menjadikan kami amat terharu dengan sumbangan yang telah diberikan. Moga Allah melemparkan hidayah kepada mereka dan moga dibalas dengan syurga Allah.



Rakan Muda dan anak-anak yatim yang baru masuk sedang mendengar ucapan
Sumbangan Pejabat Belia Manjung sebanyak RM500 oleh En Faez


Semangat memunggah dan menyusun semula barangan dalam stor pondok