Sunday, January 4, 2009

JASA MEREKA DI KENANG








Pada hari Jumaat jam 2.30 petang 2/1/2009 seramai 17 orang remaja daripada Manjung dan Batu 7 Lekir telah mengadakan gotong royong membersihkan asrama anak-anak yatim di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum . Mereka datang atas anjuran pejabat Belia Daerah Manjung bersama pegawainya En. Mohd Faez. Kesungguhan mereka bekerja membantu pihak Persatuan mengemaskan bilik asrama pelajar sebelum kemasukan para pelajar amatlah kami hargai dan sanjung tinggi. Tanpa bayaran satu sen pun mereka sanggup berkorban demi golongan marhaein ini, maaka ia memberi semangat baru kepada semua penghuni terutama pentadbir bagi mengharungi tahun 2009 ini.

Tak cukup dengan hari itu pada 3/1/09 (Sabtu) mereka datang sekali lagi dengan rombongan yang sama menyambung gotong royong di stor pondok pula sampai jam 5 pm. Ditutup dengan ucapan dari kedua belah pihak dan En Faez mewakili pejabat belia telah menyumbangkan sebanyak RM500 kepada pihak Persatuan. Ini menjadikan kami amat terharu dengan sumbangan yang telah diberikan. Moga Allah melemparkan hidayah kepada mereka dan moga dibalas dengan syurga Allah.



Rakan Muda dan anak-anak yatim yang baru masuk sedang mendengar ucapan
Sumbangan Pejabat Belia Manjung sebanyak RM500 oleh En Faez


Semangat memunggah dan menyusun semula barangan dalam stor pondok

No comments: