Monday, August 31, 2009

SIMPATI KARTIKA SERI DEWI





Sabtu, 29/8/09, semua Ngo seluruh negeri Perak yang diketuai oleh JAMA'IE menziarahi keluarga Kartika Seri Dewi di Jawang, Karai, Sg Siput Utara. Majlis dimulai dengan jamuan berbuka puasa, taklimat oleh Pak Shukarno (bapa Kartika), solat Taraweh dan penjelasan daripada Kartika sendiri tentang isu sebatan akibat kesalahan minum arak yang dihebohkan mutaakhir ini. Penulis dan isteri turut sama hadir dalam majlis tersebut kerana Kartika merupakan anak murid penulis di Pondok Pak Teh suatu waktu dulu. Isteri penulis juga ialah teman sepondok dengan Kartika yang sudah 14 tahun tidak bertemu dan mendengar khabar berita.
Jadi pertemuan ini sangat bermakna selain memberikan sokongan moral kepada Kartika dan keluarganya bahkan untuk mempertahankan sistem perundangan Islam di negara kita ini. Moga Allah memberikan kekuatan kepada Kartika mengharungi dugaan Allah yang amat berat ini.

Saturday, August 29, 2009

BANTUAN BERAS FAKIR MISKIN DI PANGKOR








Jumaat, 28/8/09, Pihak Persatuan bersama dengan AJK Pas Cawangan Pangkor mengedarkan bantuan beras kepada penduduk miskin di sekitar Pulau Pangkor selepas solat Asar semalam. Bantuan yang berjumlah keseluruhannya 400kg telah disampaikan kepada golongan fakir dan miskin di sekitar Kg Masjid dan Kg Tengah semalam. Ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini, yang kebayakkan daripada mereka terdiri daripada nelayan kecil tidak dapat turun ke laut kerana angin kencang.

Friday, August 28, 2009

JAMUAN BERBUKA PUASA DI HOTEL ORIENT STAR LUMUT









Pada hari Selasa 25/8/09 yang lalu, seluruh warga pondok telah dijemput ke Hotel Orient Star Lumut dalam majlis berbuka puasa sekaligus solat taraweh di sana. Kehadiran kami seramai 80 orang termasuk kakitangan disambut meriah oleh pihak hotel bahkan diraikan juga oleh Orang Besar Jajahan, Panglima Angkatan Tentera Laut Lumut dan beberapa dif kenamaan yang lain.

Wednesday, August 26, 2009

BANTUAN FIDYAH DAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN









Pada 24/8/09 yang lepas, pihak Persatuan di wakili oleh YDP sendiri dibantu oleh beberapa petugas mengagihkan bantuan fidyah dan zakat kepada golongan fakir miskin di Pengkalan Hulu meliputi kawasan Air Panas, Kuak Luar, Padang Tamat dan Kuak Hulu. Disebelah petang pula menyampaikan bantuan di sekitar Batu 7 jalan Kroh-Baling dan kepada sekretariat Wakil Rakyat Baling, di Kupang. Mudah-mudahan dengan bantuan ini dapat meringankan beban golongan kurang berupaya dan miskin dalam menyambut ramadhan yang mulia dan barakah ini.

Monday, August 17, 2009

CERAMAH MOTIVASI UPSR, PMR DAN SPM









Cikgu Sufian Yaakob, pakar motivasi terkenal sekali lagi datang ke pondok untuk motivasi pelajar SPM, PMR dan UPSR pelajar-pelajar sekitar Manjung, Sitiawan dan Lekir. Ceramah pada petang Sabtu jam 2.00 ptg itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekitar. Disebelah malamnya pula diadakan motivasi khusus untuk pelajar pondok sahaja bagi memberikan kesedaran terhadap pentingnya pelajaran, kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain serta mengenang budi ibu, bapa dan guru-guru.

Wednesday, August 12, 2009

FOTO CERAMAH UST MANOLITO


CERAMAH OLEH UST MANOLITO

Malam ini 12 Ogos 2009 ceramah akan diadakan di pondok sempena sambutan Ramadhan yang bakal menjelang. Ceramah akan bermula selepas Maghrib. Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Wednesday, August 5, 2009

CERAMAH UMUN UST ZAWAWI B. HJ IBRAHIM






Hari ini 4/8/09 diadakan satu lagi Majlis Ceramah Umum di Kompleks Manabiul Ulum yang disampaikan oleh AJK DPPK Baling Ust Zawawi Hj Ibrahim berkaitan Israk dan Mikraj. Kehadiran penduduk sekitar lebih kuran 100 orang memeriahkan lagi majlis ini. Ust juga menerangkan pandangan agama mengenai isu kezaliman ISA yang seolah-olah melebihi toleransi Tuhan yang ada memberi peluang untuk kita membela diri.