Sunday, February 20, 2011

Makkah Pusat Bumi



17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan seksama posisi ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan pembentukan garis bujur dan garis lintang.

Setelah dua tahun dari kajianyang rapi dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan keadaan yang berbeda, serta banyak hal lainnya. Dia kagum dengan apa yang ditemukan, bahwa Makkah merupakan pusat bumi.

Ia menyadari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Agustus 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mantap secara ilmiah bahwa lapisan-lapisan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar garis Arab. Garis-garis ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut :

Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya.. (asy-Syura: 7)

Kata Ummul Quran berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang penting di dalam budaya Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ibu memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekat yang lalu.

Ada banyak hujah-hujah ilmiah untuk membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Inggris. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan. (ar-Rahman:33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata qutr yang berarti diameter, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadits dapat dipahami bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi. Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu berarti bahwa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadits yang mengatakan bahwa Masjidil Haram di Makkah, tempat Kabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)

Nabi bersabda, Wahai orang-orang Makkah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kalian berada di bawah pertengahan langit.

Thawaf di Sekitar Makkah

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Kabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron-elektron di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Perputaran matahari pada porosnya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistimnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada porosnya berlawanan dengan arah jarum jam.

Sumber: eramuslim.com

Sunday, February 13, 2011

PEMBESARAN SURAU PONDOK





Ahad -13/2/2011, Memandangkan kapasiti penghuni pondok sudah semakin meningkat terutama bahagian Muslimat, maka pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk membesarkan surau di bahagian belakang iaitu seluas 26 kaki x 50 kaki dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM50,000. Oleh itu tuan/puan yang berhajat untuk membuat sumbangan derma, waqaf atau zakat kepada pihak Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum, bolehlah datang terus di lokasi pondok beralamat Lot 1283 Batu 10, Lekir 32020 Sitiawan, Perak atau bank in ke akaun Tabung Pembinaan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum (T.P.M) 08030002083717 (Bank Muamalat). Moga dengan sumbangan tuan untuk pondok ini yang menampung anak yatim, muallaf, fakir miskin dan warga emas menjadi amal jariah yang akan dikutip hasilnya di akhirat nanti.

IJTIMAK MINGGUAN TETAP ISTIQOMAH




Kuliah Ijtimak Mingguan di pondok tetap istiqamah dijalankan setiap pagi Ahad jam 9 - 12 tengahari. Antara ustaz uang mengajar pada program Ijtimak di pondok ini ialah Ust. Khairuddin Mat Saman Kati, Ust Ahmad Rezam (Kuala Kubu Bahru), Ust Abd Rahman (Negeri Sembilan), Ust Ibrahim Astar (Kampar), Ust. Fatah Awang (Teluk Intan), Ust Khairul Fahmi (IPD Teluk Intan) dan lain-lain lagi. Diharap program ini akan dapat memberi peluang kepada masyarakat tempatan dalam menggunakan hari cuti umum untuk mencari ilmu.

Thursday, February 10, 2011

MasyaAllah! 517 Kes Buang Bayi Diantara 2005 - Jan 2011

517 Kes Buang Bayi Dilaporkan Dari 2005 Hingga Januari Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.

"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Beliau berkata daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

Mohd Bakri berkata seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Dalam tempoh yang sama, 18 kes telah dituduh di mahkamah dan sebanyak sembilan kes telahpun dijatuhi hukuman, katanya.

Menurutnya hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas.

Mohd Bakri berkata polis berdepan dengan kekangan dalam siasatan jenayah tersebut seperti kesukaran untuk mengesan suspek, tidak dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi kerana kebanyakan bayi telah reput.

"Ujian DNA tidak dapat dilakukan kerana tiada sampel yang diperolehi daripada suspek untuk perbandingan," katanya.

Justeru itu, polis mencadangkan kepada semua pihak yang terlibat dalam mencegah jenayah ini sama ada kerajaan dan bukan kerajaan agar menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya kini diberi tanggungjawab mengendalikan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response Alert) bagi mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Katanya pihaknya diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam isu ini memandangkan siasatan dilakukan oleh polis turut meliputi pencarian bukti dan penyebaran maklumat.

"Oleh itu bagi polis, kita mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam mengendalikan perkara itu," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini berkata, kementerian itu bersama-sama polis telah memuktamadkan pelaksanaan sistem itu setelah ia dipersetujui kedua-dua pihak.

"Kalau ada kes-kes kehilangan, sistem ini akan digerakkan segera," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB