Thursday, December 15, 2011

JAMUAN KESYUKURAN






Rabu 14/12 - sebagai menghargai penat lelah para ustaz dan ustazah serta seluruh pelajar lama pondok dan tahfiz bertungkus lumus selama 2 minggu mengendalikan Kem Pondok Intensif 2011, maka kami mengadakan malam BBQ kelmarin di pondok. Semua seronokm sambil makan ayam, udang dan daging bakar, kami dapat beramah mesra. Alhamdulillah.

MAJLIS PENUTUP KEM PONDOK INTENSIF 2011











Kem Pondok Intensif yang diadakan bermula pada 29/11 hingga 11/12/2011 telah pun berakhir Ahad lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan ceramahh Motivasi akhir disampaikan oleh Ust Zulkifli Ahmad, Mudir Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh. Kehadiran ibu-bapa amat memberangsangkan. Persembahan nasyid daripada para pelajar kem dan penyampaian hadiah kepada pemenang Muhadoroh serta perlawanan sukan memriahkan lagi majlis. Majlis selesai jam 12.30 tengahari. Moga ditahun akan datang semakin ramai pelaajar yang datang dan moga mereka semua mendapat hidayah Allah.

Monday, December 5, 2011

KEM PONDOK INTENSIF SIRI KE 4 2011






Mulai 29/11 - 11/12/2011 sekali lagi pada tahun ini diadakan Kem Pondok Intensif selama 2 minggu bagi melatih paara pelajar luar hidup dan belajar serta ditarbiyah cara pondok. Mereka akan tinggal di Kompleks ini dan mengikuti semua programnya selama 2 minggu. Jumlah pelajar kali ini ialah 120 orang tidak termasuk pelajar pondok sendiri.

Sunday, October 9, 2011

Tawaran Kem Pondok Intensif

Fthfgftgfdhg

KOMPLEKS PENDIDIKAN MANABI’UL ULUM, BATU 10 LEKIR, 32020, SITIAWAN, PERAK DARUL RIDZUAN
JAIP/LP/MG.75/10(Daftar Pertubuhan: 1670-05-04)
SESI 2011

Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan agama di sekitar Daerah Manjung khususnya dan di Negeri Perak amnya. Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum ini adalah di bawah seliaan Persatuan Kebajikan Al Furqan, Manjung, Perak. Sehubungan dengan itu, Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program intensif yang akan diadakan pada musim cuti Sekolah.

NAMA KURSUS:



PROGRAM PONDOK INTENSIF



SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

1. Warganegara Malaysia.
2. Beragama Islam.
3. Berusia di antara 12 tahun hingga 17 tahun untuk pelajar sekolah.
4. Pelajar hendaklah sihat tubuh badan, mental dan fizikal serta mampu mengikuti aktiviti program intensif pondok yang telah ditetapkan seperti mengikuti pengajian, solat berjemaah dsb.
5. Memiliki tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji.
6. Tidak mempunyai rekod jenayah / juvana / salahlaku akhlak.
8. YURAN RM 250.00 TARIKH : 28.11.11 HINGGA 11.12.11 (2 MINGGU)
CARA MEMOHON

Borang-borang permohonan boleh diperolehi daripada:

Mudir,
Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum,
Lot 1283 & 1284, Batu 10 Lekir,32020
Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
Tel / Fax : 05 6887875 ,
ATAU
Pej Pentadbiran:
Lot 7, Taman Industri, Kawasan Perindustrian Seri Manjung,http://www.blogger.com/img/blank.gif
32040 Seri Manjung, Perak.

Us Syed : 019 5121274,
Hj Ramlan : 012 5166234
atau datang sendiri ke alamat seperti di atas
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di atas, dengan salinan surat beranak atau kad pengenalan,

*TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah sampai ke kompleks ini pada atau sebelum
19 NOV 2011


Download borang di sini.

Friday, October 7, 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..


Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.

Wednesday, October 5, 2011

Hentikan lambakan filem dan drama hantu yang rosakkan masyarakat

Posted by epondok di Oktober 3, 2011

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan menyuarakan kebimbangannya mengenai isu lambakan filem atau drama hantu di negara ini yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Kami berpendapat kekhuatiran Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, adalah berdasarkan keperihatinannya terhadap nilai , kesan minda serta pengaruh filem-filem tersebut terhadap kepercayaan tahyul yang boleh membawa kepada syirik.

Asas keperihatinan tersebut seharusnya dihormati kerana ia berdasarkan pandangan agama dan bukan hanya kerana mahu menimbulkan polimik dalam masyarakat.

Pihak yang berkenaan tidak harus merasa tersinggung hanya kerana sudah lama dalam dunia perfileman . Para ulama hanya menjalankan tugas untuk mengingatkan bahawa jika ia boleh membawa kesan kepada aqidah semada kepada pelakon mahupun kepada penonton termasuk kepada sutradara , maka ingatan dan gesaan ulama seharusnya dihormati dan diterima.

Persoalannya dengan filem dan drama tahyul , ialah apakah sebenarnya jenis pemikiran dan saikologi yang hendak diterapkan kepada masyarakat selain hanya dilihat sebagai suatu industri perfilemen untuk hiburan semata-mata.

Jika semua pihak serius untuk membina masyarakat di Malaysia demi menghayati pembinaan tamadun tinggi maka industri perfileman harus menyambut baik teguran yang datang dari golongan ulama.

Kami tidak namapak kenapa selera masyarakat perlu dihidang dengan filem dan drama yang akhirnya tidak membantu membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan menghayati kehidupan murni.

Apakah ketika dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai realiti sosio-ekonomi-politik , kesihatan, alam sekitar yang semakin kronik , industri perfilemen kita hanya mahu menyogok masyarakat untuk menonton hal-hal yang tidak membina minda yang produktif.

Kami jug berpendirian betapa pandangan kritikal terhadap filem hantu juga punya kritikan dari sudut psikologi . Perasaan suka melihat cerita-cerita yang memaparkan babak-babak ngeri mungkin seolah-olah dilihat tidak bermasalah namun kesan negatif dalam jangkamasa panjang akan dirasai bila perasaan takut mulai menguasai apa sahaja yang ada persekitaran kerana terlalu ingat kepada unsur tahyul dari filem yang ditonton . Apakah ini sebuah minda dan emosi yang sihat untuk sebuah masyaratkat masakini dan yang mendatang?

Kami menyenaraikan kesan berikut yang boleh meninggalkan impak buruk kepada peribadi seorang kanak-kanak mahupun orang dewasa yang sering terdedah kepada drama dan filem hantu.

Pertama kesan rasa tegang (anxiety) akan terbina dalam perasaan orang dewasa apatah lagi dikalangan kanak-kanak bila filem hantu yang dibikin dengan kesan visual dan audio yang canggih . Ia boleh dan berpotensi meninggalkan kesan berpanjangan. Kedua ialah kesan tidak nyenyak tidur boleh dideritai oleh penonton kerana diburu bayangan filem ngeri yang ditonton. Ketiga ialah perasaan takut yang menyebabkan hilang daya kawal terhadap diri sendiri sehingga perlu sering dibantu akibat terlalu takut dan menghakiskan keberanian untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan .Keempat ialah kesan fobia kepada penonton bila pelbagai benda yang dilihat dikait dengan filem yang ditonton . Malah fobia terhadap kegelapan , binatang , bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.

Kami kesal kenapa pihak berkuasa tidak mengambil endah teguran yang disampaikan oleh Mufti sehingga mereka terpaksa menyampaikannya kepada Perdana Menteri . Sikap terlaluliberal dan hanya bergantung kepada Lembaga Penapisan Filem seharusnya tidak menjadi pendekatan pihak berkuasa.

Kami dengan itu menyokong penuh supaya pembikinan dan penayangan filem tahyul dan khurafat perlu dihentikan. Malah lambakan lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif hendaklah disekat.

Jika ada pihak yang mempersoalkan gesaan ini dengan melontar hujah apakah selama ini cerita hantu sudah membuat penonton menjadi syirik dan keluar agama , kami menegaskan bahawa bahawa apakah dengan mengadakan filem seperti itu lebih membawa kepada kebaikan atau keburukan? Apakah keuntungan industri filem lebih diutamakan dari agenda membentuk pemikiran yang sihat dalam proses membina masyarakat?

Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu 019 4744856

Datin Ustazah Aminah Zakaria ,Yang DiPertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia 0192640989

Gambar yang Sukar di Lupakan

" WakTu DhuHa TaDi..."

tak berapa ramai harini pada waktu "Dhuha..."
ramai yang berdekatan dengan Kaabah...berebut rebut mengucup Hajarul Aswad"...
Subhanallah....

Wanita dan Ibadat Haji

Posted by epondok di Oktober 4, 2011

Oleh MAZNAH DAUD

HAJI adalah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia fardu ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya, sama ada lelaki mahupun wanita.

Meskipun semua syarat, rukun, wajib dan sunat haji itu dituntut ke atas semua jemaah lelaki dan wanita, terdapat beberapa perkara yang berbeza sesuai dengan keadaan dan fitrah kejadian masing-masing.

Justeru, terdapat beberapa permasalahan yang biasa dihadapi oleh jemaah wanita sahaja dan permasalahan yang berkait dengan hubungan wanita dan lelaki.

Permasalahan-permasalahan tersebut dapat dipecahkan seperti berikut:

1. Haid dan istihadah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

2. Aurat.

3. Perhubungan suami isteri.

4. Pergaulan dengan rakan sebilik atau semaktab.

Haid dan Istihadah

Haid merupakan permasalahan utama yang menjadi kerisauan para jemaah haji wanita. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk mengelak kedatangan haid semasa berada di tanah suci.

Tujuannya supaya mereka dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah haji dan amalan-amalan yang dituntut ketika berada di tanah suci khususnya ibadah solat, tawaf dan iktikaf di sisi Kaabah di dalam Masjid al-Haram.

Kedatangan haid sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada pelaksanaan ibadah tersebut. Hal ini telah dirasai sama oleh Saidatina Aisyah r.a.

Ketika rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah tiba di Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer (km) dari kota Mekah, Saidatina Aisyah r.a didatangi haid. Beliau sangat risau tidak dapat melaksanakan haji yang merupakan satu-satunya tujuan beliau mengikuti rombongan itu.

Rasulullah SAW menenangkan hati beliau dan secara tidak langsung menerangkan hukum bagi wanita haid menunaikan haji. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Ini adalah satu ketentuan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitillah sehingga kamu mandi (bersuci daripada haid). (riwayat Muslim)

Nabi SAW memujuk dan menenangkan hati isteri baginda dan kaum wanita umumnya bahawa haid adalah sesuatu yang ditentukan sejak azali ke atas mereka. Jadi haid tidak boleh dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji.

Haid tidak menghalang wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitillah.

Sehubungan itu jemaah haji wanita dinasihatkan supaya tidak berusaha menghalang kedatangan haid secara normal dengan cara mengambil ubat-ubatan tanpa merujuk atau panduan doktor yang pakar.

Tindakan sedemikian sering menjadi punca timbulnya berbagai-bagai masalah yang tidak diduga. Niat asal untuk membanyakkan ibadah di Masjid al-Haram tidak kesampaian. Malah berlaku sebaliknya, haid yang hendak disekat telah datang dalam keadaan yang membingungkan. Maka berhati-hati dan berhati-hati.

Aurat

Ramai wanita yang masih keliru tentang aurat. Aurat bermaksud keaiban atau sesuatu yang memalukan apabila didedahkan. Anggota tubuh badan kita adalah suatu amanah yang perlu dijaga dan dipelihara daripada perkara-perkara yang mendatangkan keaiban dan kemudaratan.

Lantaran itu Allah perintahkan kita agar berpakaian dengan kemas dan cantik supaya kita terpelihara daripada perkara-perkara keji dan mungkar. (rujuk al-A’raf ayat 26)

Menutup aurat adalah selari dengan tuntutan fitrah. Lantaran itu syaitan amat suka manusia mendedahkan aurat dan berusaha dengan pelbagai cara serta menghasut agar manusia tidak menutup aurat dengan sempurna.

Hal ini difahami daripada firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat 20 hingga 22.

Aurat wanita terbahagi kepada aurat yang wajib ditutup di dalam solat dan ketika tawaf, dan aurat yang wajib ditutup di luar solat dan ketika tawaf.

Aurat yang wajib ditutup di dalam solat dan ketika tawaf adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Aurat yang wajib ditutup di luar solat dan ketika tawaf terbahagi kepada:

l Di hadapan suami, tidak ada aurat yang wajib ditutup. Suami harus melihat seluruh tubuh badan isterinya tanpa kecuali.

l Di hadapan kaum wanita muslimah adalah antara pusat dan lutut.

l Di hadapan lelaki mahram atau orang yang haram berkahwin dengannya ialah antara pusat dan lutut. Maksudnya wanita boleh membuka anggotanya selain daripada bahagian antara pusat dan lutut di hadapan lelaki mahram dengan syarat tidak menimbulkan fitnah. Jika boleh menimbulkan fitnah maka haram membukanya.

l Di hadapan lelaki ajnabi, iaitu lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuhnya. Menurut pandangan mazhab Shafie, wanita tidak harus membuka anggota tubuhnya di hadapan ajnabi walaupun sedikit kecuali kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada aurat semasa ihram. Sebaliknya ia tertakluk kepada semua keadaan di atas. Umpamanya ketika berada di dalam bilik bersama teman-teman wanita walaupun ketika berada di dalam ihram, tidak wajib berpakaian menutup seluruh tubuh, kecuali bahagian antara pusat dan lutut. Bila jemaah hendak keluar dari bilik yang kemungkinan besar akan bertembung dengan lelaki ajnabi, jemaah mestilah berpakaian menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, sama ada ketika itu dia berada dalam ihram atau tidak.

Perhubungan suami isteri

Kebanyakan jemaah haji wanita ditemani oleh suami. Kesempatan berada di tanah suci sebagai tetamu ar-Rahman sewajarnya menggunakan kesempatan itu untuk memupuk kasih sayang dan mengeratkan ikatan cinta yang telah terbina.

Perbaiki segala kesilapan yang lalu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Namun adab-adabnya perlu dijaga agar tidak menyinggung atau mengganggu jemaah lain.

Suami janganlah memasuki bilik isteri dan isteri jangan memasuki bilik suami kecuali dalam keadaan terpaksa seperti merawat sakit dan sebagainya kerana boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan rakan-rakan sebilik masing-masing. Jika ada urusan yang perlu dibincang, carilah tempat yang bersesuaian.

Pergaulan dengan rakan sebilik atau semaktab.

Allah SWT menjadikan semua mukmin tanpa mengira bangsa adalah bersaudara. Firman-Nya bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…(al-Hujurat: 10)

Justeru, jemaah mestilah memandang para hujjaj dari pelbagai pelosok dunia itu adalah saudara mereka. Saudara yang diikat oleh tali iman.

Semuanya beriman kepada Allah yang satu, mengikuti Nabi yang satu, berpandukan kitab yang satu dan mengadap kiblat yang satu.

Sebagai saudara mereka mempunyai hak serta kewajipan terhadap satu sama lain.

Allah dan Rasul SAW telah menggariskan beberapa perkara yang wajib dilaksanakan demi menjaga hubungan persaudaraan sesama Islam.

Apa lagi ketika berada di Tanah Suci di mana setiap muslim membawa niat yang sama, iaitu menunaikan ibadah haji yang merupakan kemuncak pengabdian hamba terhadap Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta dan Pemilik alam semesta

Dikirim dalam Klinik Agama | Leave a Comment »


Wednesday, August 24, 2011

SHOPPING FOR RAYA CLOTHES FOR THE ORPHANS










































































This afternoon, Puan Kamariah, Puan Asiah, Ustazah Fauzana, Puan Nurul Marliana, Cik Irma, Cik Fatin and Cikgu Daniel were at the shops to help 10 orphaned and needy girls from the Manabi'ul Ulum Education Centre to choose new clothes and shoes for Hari Raya Aidil Fitri. We had done the same for 13 orphaned boys from the centre yesterday afternoon.
The lady teachers helped the girls to choose their Raya wear while Cikgu Daniel stood by to give helpful comments. Unlike the session with the boys, the one with the girls took a longer time as they took care in choosing the Baju Kurung and shoes. Well, girls will be girls! They do want to look their best for the festive season.

BUYING RAYA CLOTHES FOR THE BOYS

With the collection of money to buy festive clothes for the orphans and needy children, a few of the teachers and I were ready to carry out the task that we had set out to do. We had set Monday to take the boys for shopping. Cikgu Daniel, Cikgu Kamariah, Puan Asiah and I were waiting for two of our colleagues, CikguAli and Cikgu , who had gone to fetch the 12 boys from the Centre in Lekir. Puan Kamariah and Puan Asiah would help the boys choose their Baju Melayu (traditional Malay attire) while Cikgu Daniel and I would be taking photographs. As the treasurer, I'd be settling the bill after all the clothes have been chosen. The boys also bought new sandals to go with their Baju Melayu.
One of the orphans, Iz, is a student in our school, and he came along with us. So he was the first to choose his Baju Raya and also Kopiah (a type of headgear).

Here Kamariah is helping him to choose his festive clothes.

The orphans and needy children on arrival.

The six boys were ferried from the centre by Cikgu Ali











Cikgu Suhaimi helping one of the boys choose his Baju Raya.



Cikgu Daniel taking photographs.



Iz, Cikgu Ali with his two children and Miss Cheah.