Friday, July 31, 2009

CERAMAH TERKINI

Program Ceramah dalam masa terdekat ialah pada:
Hari : Sabtu (1/8/09)Ba'da Maghrib
Sempena : Nisfu Sya'ban
Penceramah : Ust. Ibrahim Astar

Ceramah Bulanan

Hari : Selasa (04/08/09)Ba'da Maghrib
Penceramah : YB Ust Zawawi (AJK DPPK Baling)

CERAMAH ISRA' MIKRAJ





Sambutan Israk Mikraj disambut meriah di kompleks Pendidikan Manabiul Ulum baru-baru ini dengan kehadiran 200 orang masyarakat sekitar bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Zakaria Hj Ahmad daripada Taiping. Kehadiran masyarakat yang ramai ini memberikan petanda bahawa masih wujud kepercayaan di kalangan masyarakat terhadap institusi pondok yang saban kali dilanda pelbagai fitnah dan tohmahan. Selepas majlis semua hadirin dijamu dengan makan kenduri di kantin pondok.

Thursday, July 23, 2009

Bahaya Fitnah

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam
ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk,
malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi
panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan
keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian
dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah
menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan
di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan
hidup bermasyarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa
besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan
kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri
hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan
tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan
jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar
menerima kebenaran.
šš


"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu
menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan
mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada
saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta
kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin
menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan
sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana
dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang
lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman
dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan
dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan
teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan
segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah
itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh
bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis,
diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita
mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan
ditanya Allah.


"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui;
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya
apa yang dilakukan." (al-Isra:36)


Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa
Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan
Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda
bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa.
Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya
tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan
memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil
berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam
masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan
maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang
suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian
terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu
kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri
sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain,
dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka
dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh,
kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun
ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se
hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana
dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh
melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang
umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan
Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.
"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada
kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk
bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka
akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan
orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara
mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman
lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri,
dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi
membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat
saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang
dusta.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab
seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan
lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu
tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka
perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang
besar dosanya.

"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya
Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah
satu dusta besar yang mencengangkan.

"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi
perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang
beriman.

"Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-
Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

"Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di
kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi
sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui
(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya."
(an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima
sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi
berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama
ada benar atau palsu.

Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-
Hujuraat:6)

Friday, July 17, 2009

SETAIP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI


Minggu ini merupakan minggu kesedihan bagi warga pondok apabila telah berpulangnya ke rahmatullah ibu Cikgu Jalaluddin Assayuthi(S.U Persatuan Kebajikan Al-Furqan) pada hari Isnin 13/7/2009 jam 4 petang. YDP, Bendahari dan Ummi terus menziarahi rumah allayarham di Sempeneh Batu Kurau. Jenazah di kebumikan pada 14/7/2009 jam 11 pagi. Hari ini kami dikejutkan pula dengan perginya isteri Ust Ismail bertemu Tuhan Rabbul Jalil jam 9.30 pagi tadi.Ust Ismail sudah sebulan mengajar kuliah pagi secara tetap di pondok tanpa uzur. Namun semalam beliau tidak hadir mengajar kerana membawa isterinya ke Hospital kerana sesak nafas.Pagi ini Ust Ismail tak datang mengajar ke pondok lagi, rupa-rupanya isterinya sudah menyahut panggilan Ilahi. Kami warga pondok turut bersedih dan mengucapkan takziah atas kedua-dua orang yang banyak berjasa pada pondok ini. Moga diberi ketabahan oleh Allah SWT.

Monday, July 6, 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

anuarani

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatn Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”