Monday, September 28, 2009

JASA MEREKA KAMI KENANG

PIHAK PERSATUAN KEBAJIKAN ALFURQAN INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH TERUTAMA KEPADA MISS CHEAH LI NA DAN PN KAMARIAH SULAIMAN SERTA CIKGU ALI, CIKGU ISHAK, CIKGU SUHAIMI, CIKGU BAZUANIZA DAN UST ZUL TERMASUK SEMUA GURU-GURU SEKOLAH TEKNIK SERI MANJUNG YANG MEMBANTU ANAK YATIM PONDOK MENGUTIP DERMA DAN MEMBELI BAJU RAYA BARU-BARU INI. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMURAHKAN REZEKI TUAN-PUAN DAN KESEJAHTERAAN DALAM HIDUP KALIAN.

MISS CHEAH AND USTAZ SYED'S WIFE



I am pictured here with Ustaz Syed Sharim's wife at the Let's Go shoe shop. We went to buy one more set of Raya clothings for an orphan who just came back from his village yesterday.
COMMUNITY SERVICE
I can always rely on the teachers of STESMA to come forward to help should I ask them for it. This afternoon, Cikgu Ishak Salasa, Cikgu Suhaimi, Ustaz Zul, Puan Bazuaniza came to help both Puan Kamariah and I with the task of buying Raya clothes for the orphans.
Ustaz Zul helping one of the orphans to choose his Baju Melayu
Even Sharveen is helping them to make their choice

Cikgu Ishak and Pn Kamariah helping the boys to choose a matching Kain Pelekat for their Baju Melayu

After the Baju and the Kain, next they go look at the kopiahs

Cikgu Suhaimi helping a boy to choose a suitable kopiah

The proprietor of the shop giving zakat to the orphans. Each boy got an extra set of Baju Melayu as zakat from her.

The teachers who came today. Puan Bazuniza left early as her daughter was feeling sleepy.

Ustaz Zul helping a boy to choose his capal

Cikgu Suhaimi, Cikgu Ishak and three of the boys

A group photo together before Cikgu Ishak and Cikgu Suhaimi send the boys back to the Pondok.
SHOPPING SPREE

[Picture+011.jpg]

[Picture+017.jpg]

[Picture+026.jpg]

[Picture+027.jpg]

[Picture+034.jpg]

[Picture+035.jpg]

[P9150201i.JPG]

[P9150214i.JPG]

[Picture+030i.jpg][P9150199.JPG]

Today we brought the second group of orphans to buy their Raya clothings from the shops. It was not so hectic for Puan Kamariah and I as Puan Bazuaniza and Cikgu Ali also came along to help the children to choose their clothes and shoes.
There were 12 boys in the group and their ages ranged from 10 to 16. The proprietors of the shops that we went to gave us discounts for the purchases seeing that the clothes were for the orphans. They also gave some presents for the orphans as this is the Ramadhan month which is a time for charitable acts.

Saturday, September 26, 2009

SIARAN TERTUNDA

ZAKAT PADA ANAK YATIM, WARGA PONDOK DAN FAKIR MISKIN DI PANGKOR SEMPENA AIDILFITRI






Thursday, September 10, 2009

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar


Dato' Dr Haron Din

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Harakahdaily/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:32 AM

Monday, September 7, 2009

BANTUAN FAKIR MISKIN DI LEKIR

Pagi tadi 7/9/09 jam 9 pagi, YDP, Bendahari dan Ust Husin telah bersama-sama mengedarkan bantuan fidyah beras dan sedikit wang untuk menyambut Hari Raya buat masyarakat miskin di sekitar Lekir.



CERAMAH NUZUL AL-QURAN OLEH UST ABDULLAH ISA

AHAD, 6/9/09, telah diadakan Ceramah Nuzul Quran di Pondok dan dihadiri oleh masyarakat sekitar. Penceramah yang dijemput ialah Ust Abdullah Isa penceramah terkenal daripada Baling Kedah. Kuliah Subuh juga di sampaikan oleh beliau pagi tadi.