Wednesday, April 29, 2009

Tahsin As Solah - (siri 1)


Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan angota-angota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih (kadar menyebut Subhanallah). Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruku’lah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan ruku’ itu, kemudian bangkitlah dari ruku’ hingga badan kamu lurus/tegak berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud itu, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk (antara dua sujud) itu. Seterusnya kamu lakukanlah sedemikian pada (rakaat-rakaat) solat kamu keseluruhannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; “Tidak sah solat seorang lelaki yang tidak menetapkan tulang sulbinya semasa ruku’ dan sujud” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Mas’ud al-Badari r.a.. Hadis ini menurut beliau; hasan soheh).

Berkata Imam al-Harrani; “Penyebab paling banyak bagi kerosakan solat kebanyakan orang ialah kerana mereka mengambil mudah dalam mempelajari ilmu tentang tomaninah dan dalam melaksanakannya semasa melakukan rukun-rukun solat” (Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 1040).

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 154 dan 1040.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 163.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/11/makna-tomaninah.html

Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak

Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

“Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

“Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

“Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

“Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

“Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.

Monday, April 27, 2009

ISU HANGAT !!! - Anak akan KEKAL agama ASAL walaupun IBU atau BAPA dah menganut ISLAM...!!



Pihak Admin Blog Pondok mengutarakan isu ini dengan menyenaraikan berita yang terbit di Internet untuk nilaian kita bersama. Apakah yang kita boleh harapkan dengan pimpinan negara kita Malaysia yang tercinta ini dalam membela Agama Islam yang suci ini.



BERITA 1
Anak pasangan tukar agama kekal agama asal KEKAL...

Menteri di Jabat
an Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini. Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. "Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan. Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA


BERITA 2

Anak kekal agama: Keputusan Kabinet disambut baik

KUALA LUMPUR: MCA men
yatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam. "Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni. "Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isuisu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet yang menyatakan ibu atau bapa yang menukar agama Islam, anak-anak kekal menganut agama asal semasa berkahwin. Gan berkata, MCA mengulangi pendiriannya bahawa jika agama anak-anak tidak boleh dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa jika ibu atau bapa memeluk Islam, status quo agama kanak-kanak itu hendaklah kekal sehinggalah mereka berumur 18 tahun. Namun, kata beliau MCA melihat keputusan Kabinet itu hanya boleh digunakan di dalam kes di mana ibu bapa bercerai dan seorang daripada mereka menjadi "muallaf" kerana memeluk Islam. Gan berkata, masih timbul persoalan tentang kes-kes perkahwinan sivil yang masih belum diputuskan mengikut undang-undang sivil, contohnya perpisahan walaupun seorang daripada pasangan telah memeluk Islam. "MCA berpandangan keputusan Kabinet digunakan dalam kes-kes seumpamanya walaupun pertikaian perkahwinan sivil belum selesai," katanya. Gan berkata, arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet. Hakikatnya, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan, katanya. Ini, katanya akan mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak. Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak. Presidennya Datuk A. Vaithilingam, yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan. "Kami terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai penukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam," katanya kepada Bernama. Beliau berkata persatuan itu mengharapkan lebih banyak perbincangan dan dialog dengan pemimpin-pemimpin Islam mengenai perkara itu. "Bagi MCCBCHST, kami sedang di dalam proses memohon mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kami memuji mereka kerana segera menangani perkara ini," katanya. BERNAMA

BERITA 2
Status agama anak: Perlu lihat hukum syarak, kata Jakim

PUTRAJAYA: Penentuan status agama anak apabila apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu
dilihat kepada hukum syarak dan perundangan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, menurut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. "Berdasarkan peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12 (4) ini adalah 'parent or guardian', bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud 'ibu atau bapa atau penjaga'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Wan Mohamad berkata, Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya. "Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. "Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju," katanya. Wan Mohamad berkata, dari segi hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam, kerana jika orang itu bukan beragama Islam dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanakkanak di bawah jagaannya. Katanya, hak seorang muallaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan, dan seseorang yang memeluk Islam itu tidak sewajarnya dianggap ingin melarikan diri dari tanggungjawab. Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. Merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu, Wan Mohamad berkata, semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu memandangkan perbicaraan masih belum selesai. Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia merupakan undang-undang utama Persekutuan, katanya. BERNAMA

BERITA 4
Status agama anak: Syor Kabinet bantu baiki hubungan kaum, kata JUST

PETALING JAYA: Syor Kabinet bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain, seharusnya disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr, Chandra Muzaffar berkata, keputusan itu akan membantu memperbaiki hubungan antara kaum di negara ini. "Dalam beberapa tahun lalu, beberapa episod berkaitan dengan pemelukan agama dan tanggungjawab mereka yang menganut Islam terhadap pasangan bukan Islam dan keluarganya telah menyebabkan impak negatif dalam fabrik pelbagai agama kita (negara ini). "Dengan membenarkan kontroversi-kontroversi ini berlarutan, tanpa menyediakan apa-apa penyelesaian, pihak berkuasa secara tidak langsung memburukkan permusuhan antara kaum," katanya. Justeru tambah beliau, keputusan Kabinet juga menekankan inti pati Islam yang memperlihatkan komitmen yang kuat terhadap keadilan dan kesaksamaan. "Adalah salah bagi seseorang yang memeluk Islam untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada pasangan dan anak-anaknya bukan Islam. "Malah, dia juga tidak harus memujuk atau memaksa anak-anaknya yang kecil untuk memeluk Islam. "Sepatutnya mereka kekal dalam agama ibu bapa mereka ketika masa perkahwinan ibu bapa mereka sehingga mereka mencapai usia dewasa, di mana mereka boleh memutuskan agama yang mereka ingin peluk," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan. Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan Kabinet itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh jemaat menteri memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri. Beliau berkata mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. Katanya, Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

BERITA 5
Status agama anak: Makkal Sakthi anggap keputusan positif, berani

PETALING JAYA: Gerakan Makkal Sakthi mengalu-alukan keputusan Kabinet yang menetapkan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Penyelarasnya, R.S Thanenthiran menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah berani, yang dibuat dalam waktu yang singkat selepas Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dibentuk. "Malah keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pimpinan Najib sudah mula memperlihatkan prestasi kerja sebagaimana dijanjikan. "Keputusan ini diambil sebaik sahaja Kabinet mengadakan mesyuarat pertama. Langkah ini akan membolehkan Najib memperoleh sokongan rakyat pelbagai kaum. "Memang tidak dapat dinafikan bahawa akan ada sekumpulan kecil yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi ia akan membawa kebaikan kepada semua," kata beliau kepada mStar Online. Beliau juga menyifatkan keputusan tersebut sebagai hasil ke atas usaha yang telah lama dikemukakan kepada kerajaan. Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanyam bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undangundang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

Friday, April 24, 2009

LAWATAN TAKAFUL ETIQA

Khamis 23/4/2009, Syarikat Takaful Etiqa telah bermurah hati memberikan sumbangan kewangan untuk dana Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Rombongan mereka datang bersama Pengarah Takaful Etiqa Perak En. Sabri yang datang daripada Ipoh. Pihak Persatuan sangatlah berbesar hati atas sumbangan dan keperihatinan pihaka Takaful Etiqa ini.

KD INDERA SAKTI MEMBERI SUMBANGAN

Pada hari Rabu 22/4/09 yang lalu seramai hampir 30 orang pegawai lain-lain pangkat daripada KD Indera Sakti telah menziarahi pondok dan memberikan sumbangan pakaian, makanan dan wang untuk Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum ini. Pihak kami berasa sangat berbesar hati dan berterima kasih atas sumbangan ini, moga Allah membalasnya dengan segala macam kebaikan kepada mereka.

Konsert Jom Heboh di TLDM Lumut - KENAPA ENGKAR FATWA MUFTI PERAK






KENAPA ENGKAR ARAHAN / FATWA MUFTI...?
KENAPA DERHAKA KEPADA FATWA MUFTI...?

AIR MATA PALING BERHARGA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BOLEHKAH MENGUNDI CALON BUKAN ISLAM DALAM PILIHAN RAYA


Adalah menjadi kewajipan kepada individu Islam memastikan supaya setiap perbuatannya tidak bertentangan dengan Islam, Justeru umat Islam wajib memilih halal berbanding yang batil (haram). Sekiranya terdapat usaha dari pihak parti yang ingin menggangu gugat kerajaan yang ternyata adil dan berkebajikan, adalah menjadi satu kewajipan umat Islam untuk memastikan kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tersebut supaya tidak tergugat.
Sekiranya tidak wujud hak dan batil, dalam situasi kedua duanya batil, maka ulama menggunakan kaedah fekah iaitu memilih yang paling ringan mudaratnya. Ulama membawa contoh, ‘antara haram memakan bangkai dengan haram membunuh diri. Haram memakan bangkai jauh lebih kecil daripada membunuh diri. Maka ulama mengharuskan makan bangkai untuk menjaga nyawa.’
Sehubungan itu ketika berhadapan dengan isu calon bukan Islam, umat Islam boleh memilih sama ada mengundi calon yang akan mengukuhkan kerajaan (yang adil dan berkebajikan) atau menguatkan lagi usaha pihak parti lain yang ingin menggugat kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi.
Justeru itu sudah tentu calon yang ditampilkan oleh parti yang menjadi kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi lebih aula dipilih dari pihak parti lain yang ingin menggugat kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi. Walaupun kedua duanya bukan Islam. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menuntut agar menolong pihak yang membuat kezaliman dan pihak yang dizalimi. Maka, perlu difahami menolong orang yang membuat zalim itu maknanya umat Islam perlu usaha halang usaha pihak yang ingin membuat kezaliman tadi, dalam konteks pilihan raya kita perlu halang usaha pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan yang ternyata mengamalkan keadilan dan berkebajikan.
(~ dipetik dan diadaptasi dari artikel Harakah. Sumber daripada Syeikh Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia Negeri Kedah)

Thursday, April 23, 2009

HATI YANG SAKIT


Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.

Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.

Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah swt yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari ilahi.

Berbeza dengan orang yang hatinya sihat dengan cahaya keimana, mereka melihat semua perkara ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah swt, pasrah dan redha menjadi hiasan hati, kehidupan yang bahagia sentiasi dimiliki.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.

Sebab-sebab hati sakit;

1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.

2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.

3.Lupakan hari kiamat,
tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, syurga dan neraka

Apabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah

Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati;

1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah swt.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.
6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas

Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung



SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu
hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:


Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.


Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.


Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.


Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."


Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.


Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com

Wednesday, April 22, 2009

HATI YANG MATI


Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:

Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.

Ciri-ciri hati yang mati.

Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.

KEBERANIAN Ahmadinejad

"
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.
Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.


Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan. AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis. Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini. Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Klik disini untuk melihat sokongan rakyat dunia terhadap keberanian Ahmadinejad.

-Artikel dari detikdaily.net

HAKIKAT IMAN ...Satu Peringatan Buat Diri Kita


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, April 19, 2009

KURSUS MOTIVASI DI PONDOK





Pertama kali dalam sejarah Pondok, pelajar pondok bersama masyarakat sekitar mengikuti Program Motivasi UPSR, PMR dan SPM yang dijalankan dipondok pada 19/4/2009. Penceramah jemputan ialah pakar perunding motivasi, Cikgu Sufian Yusuf daripada Taiping.

Sunday, April 12, 2009

SUASANA TERKINI KOMPLEKS

Kerja-kerja membuat divider sedang giat dijalankan
Divider perlu disiapkan sebelum dataran ini di tar bulan hadapan
Pemandangan rumah warga emas
Rumah warga Emas

KITA ADA LAMAN WEB SENDIRI

Persatuan kebajikan A-Furqan sudah punya laman web sendiri mulai hari ini, iaitu http://manabiul-ulum.com/ . Para pengunjung bolehlah melawat di laman ini untuk mengetahui sebarang maklumat berkaitan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum atau berkenaan Persatuan Kebajikan Al-Furqan. Laman ini telah diusahakan oleh upahweb, seorang sahabat yang tidak mahu identitinya diketahui, mudah-mudahan menerima ganjaran setimpal di akhirat nanti, Amin.

REHLAH ANJURAN SYARIKAT SECURITY









Hari ini 12/3/09 sebuah Syarikat Security daripada Teluk Intan membawa semua anak yatim Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum ke Taman Tasek Taiping sebagai sebuah majlis tahunan anjuran Syarikat ini untuk meraikan anak-anak yatim dalam negeri Perak.

JADUAL KULIAH HARIAN DAN IJTIMAK MINGGUAN


Saturday, April 11, 2009

AL-FURQAN PRIHATIN











































Pada kempen PRK 059 untuk Parlimen Bukit Gantang yang lalu, kami menemui sebuah keluarga yang baru kematian suami atau bapa (seorang nelayan) di Kg Temelok, Trong. Suami kakak ini meninggal pada 4/3/09 meninggalkan 4 orang anak berusia 8 tahun, 6 thn, 3 thn dan 1 thn. Keadaan mereka amat dhaif. Mereka bergantung dengan pendapatan mak mertua balu ini yang kerjanya mencari kayu dan bahan-bahan hutan dan dijual kepada Cina di kampung tersebut. Hari itu YDP Persatuan bersama seorang Doktor dan petugas daripada Parlimen Kota Raja membeli barang-barang keperluan dapur untuk mereka dan memberikan sumbangan wang tunai hasil kutipan kilat sesama petugas. YDP Persatuan berjanji untuk terus mengambil perhatian kepada keluarga ini setiap bulan. Moga ini saja yang dapat kami bantu untuk meringankan beban mereka dan dapat meneruskan pelajaran mereka.

SAMBUTAN HARI JADI UST FAISAL D PONDOK






























Majlis sambutan Hari Lahir Ust Faizal baru-bari ini diadakan dipondok bersama dengan majlis kesyukuran selepas majlis sambutan maulidul Rasul yg telah diadakan di Pondok beberapa hari sebelum itu.