Sunday, May 20, 2012

Lawatan dan khidmat Kesihatan Jururawat Hospital Manjung

Sabtu-19/5/2012, Sempena Hari Jururawat, lebih kurang 20 orang jururawat daripada Hospital Seri Manjung sudi melapangkan masa untuk menziarahi warga Manabi'ul Ulum dan memberikan khidmat kesihatan kepada warga pondok. Lawatan jam 3 petang kelmarin tersebut telah memberi peluang kepada semua warga pondok terutama warga emas untuk memeriksa tekanan darah dan kencing manis serta penyakit yang lain. Semoga jasa bakti yang mulia ini dapat diteruskan dan mendapat pahala besar di sisi Allah SWT.

Thursday, May 17, 2012

Multaqo Mudarra; PERMATA Kali 1 (12-13 MEI 2012)











Sabtu- 12 dan 13 Mei 2012, Persatuan Madrasah Tahfiz AlQuran Malaysia telah menganjurkan perhimpunan mudir2 madrasah tahfiz seluruh Malaysia di Kota Bharu, Kelantan yang digelar Multaqo Mudarra' PERMATA Kali 1. Majlis ini yang dirasmikan oleh Exco Kelantan Ustaz Abdullah Yaakub an ditutup oleh Timbalan Pengarah JAKIM telah berjaya menghimpunkan 68 madrasah tahfiz seluruh negara. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dengan tujuan untuk mempersatukan madrasah tahfiz swasta ini di bawah satu bumbung agar ianya lebih mantap dan saling lengkap melengkapi.


Khamis-17/5, Lawatan Pejabat Agama Islam Cameron Highland bersama muallaf orang Orang Asal telah sudi mengadakan kunjungan hormat dan silaturrahim ke pondok hari ini. Lawatan muhibbah mengeratkan hubungan sekaligus mereka ingin mengetahui kaedah pengajian yang dijalankan di pondok ini. Pegawai Tadbir Agama Daerah Cameron Highland turut sama hadir mengetuai rombongan ini. Moga lepas ini kami pula akan ke kampung mereka.