Sunday, March 22, 2009

MAULIDUR RASUL DI PONDOK























































Mulai jam pagi tadi 21/3/09 semua warga pondok dibantu oleh masyarakat sekitar bergotong royong menyiapkan masakan untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul di pondok yang julung-julung kali diadakan dan dikira "grand" dengan adanya perarakan semua warga pondok serta orang kampung bermula daripada Masjid Batu 10 Lekir hingga ke pondok, diikuti selawat selepas maghrib dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Melaka. Selesai ceramah dan solat Isyak, semua hadirin dijamu dengan maakan nasi kukus kurma Arab dan sup tulang daging aqiqah yang disumbangkan oleh orang ramai. Moga semua yang membantu menjayakan majlis ini diberkati dan dirahmati Allah serta mendapat syafaat Rasul di akhirat kerana mangajak orang mengingati Rasulullah saw.

Tuesday, March 17, 2009

AL-FURQAN PRIHATIN DENGAN RAKYAT

































Semalam pada 15/3/09 YDP Persatuan turun sendiri ke padang untuk memberikan zakat kepada golongan fakir dan miskin sebagai ehsan daripada Persatuan yang bergerak atas nama kebajikan untuk membantu golongan mustad'afin ini. Kali ini kawasan yang dipilih ialah Air Panas dan Kuak Hulu di Pengkalan Hulu dan kawasan Kupang Baling. Di Baling kami diraikan bersama dengan wakil rakyat DUN Baling, Cikgu Johari untuk turut sama membantu menyampaikan sumbangan zakat tersebut. Program ini bermula jam 9 pagi hinggalah 8 malam.

LAWATAN KE PROJEK BANTUAN RUMAH TERBAKAR






Pada hari Khamis yang lalu YDP dan Bendahari pergi ke Bt 16 Sg Sumun melihat rumah Mazlan yang pembinaannya dibantu dengan dana persatuan Al-Furqan. Malangnya rumah yang diharapkan siap sepenuhnya itu hanya sekadar boleh berteduh tanpa plastern bilik, dapur dan tandas. Entah di mana silapnya kerana kami tidak dapat menemui mak Mazlan yang tiada di rumah ketika itu, cuma dapat melihat persekitarannya.

Wednesday, March 11, 2009

SOLAT MAGHRIB DAN TAZKIRAH DATO' HUSAM MUSA

Dato' Husam Musa sempat memberi kuliah maghrib
Bergambar kenangan dengan anak yatim dan warga pondok
Khusyuk mendengan tazkirah Dato' Husam
Saya mengesyorkan kepada Dato Husam untuk singgah solat di Pondok Manabi'u Ulum.Satu-satunya pondok yang ada di Lumut yang menempatkan warga emas dan juga anak-anak yatim.Tapi sayang Tok Guru pondok tak ada diwaktu itu,ketika dihubungi beliau sedang ceramah maulid di masjid berdekatan.Waktu kami sampai ada beberapa pelajar sedang baca Al-Qur'an bersama Ustaz Bakar.

Kami terus solat. Selesai solat Ustaz Bakar meminta Dato Husam menyampaikan tazkirah sekadar waktu yang ada.Walau tampak keletihan,dengan berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan pendek tanpa kopiah di kepala Dato Husam sampaikan juga tazkirah untuk pelajar2 pondok.

Dalam ucapannya yang sempat saya ingat beliau mengucapkan tahniah kepada tok2 guru dan ustaz2 yang berusaha mendirikan pondok yang beliau ibaratkan pondok seperti setiap pencawang letrik yang menerangi kampung2 dengan cahaya2 yang dipantulkan.Beliau juga mengingatkan kepada hadirin bersempena dengan 12 rabiul awal yang berkebetulan jatuh pada hari ini supaya memperbanyakkan berselawat dan mengucapkan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas lebih kurang 15 minit menyampaikan tazkirah beliau memohon untuk beredar kerana akan balik ke Kelantan pada malam ini juga.Beliau berharap jika diberi keizinan beliau akan datang melawat sekali lagi ke pondok ini.

Tepat jam 8.45 malam,saya dan En.Hamidon bertolak menghantar Dato Husam ke Tol Ckt Jering,keluarganya menunggu di sana.

Monday, March 9, 2009

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA OLEH USTAZ IDRIS

Ust Zaem dan Abg Kassim Pangkor pun ada jugak
Geng2 Pemuda Lumut memeriahkan majlis ceramah di Pondok
Hj Ramlan dan Azizan kusyuk
Anak yatim perempuan yang tertidur pun ada laaa
Ust Idris sedang berceramah di luar surau. Ambil angin...

BELAJAR AZAN DENGAN USTAZ FAIZAL

Anak yatim tengah bersedia nak belajar azan
Ajib dan Adha pulun nampak!
Saman pun ikut sama
Dok dengar ka, atau dok sembang?