Khusyuk mendengan tazkirah Dato' Husam
Saya mengesyorkan kepada Dato Husam untuk singgah solat di Pondok Manabi'u Ulum.Satu-satunya pondok yang ada di Lumut yang menempatkan warga emas dan juga anak-anak yatim.Tapi sayang Tok Guru pondok tak ada diwaktu itu,ketika dihubungi beliau sedang ceramah maulid di masjid berdekatan.Waktu kami sampai ada beberapa pelajar sedang baca Al-Qur'an bersama Ustaz Bakar.
Kami terus solat. Selesai solat Ustaz Bakar meminta Dato Husam menyampaikan tazkirah sekadar waktu yang ada.Walau tampak keletihan,dengan berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan pendek tanpa kopiah di kepala Dato Husam sampaikan juga tazkirah untuk pelajar2 pondok.
Dalam ucapannya yang sempat saya ingat beliau mengucapkan tahniah kepada tok2 guru dan ustaz2 yang berusaha mendirikan pondok yang beliau ibaratkan pondok seperti setiap pencawang letrik yang menerangi kampung2 dengan cahaya2 yang dipantulkan.Beliau juga mengingatkan kepada hadirin bersempena dengan 12 rabiul awal yang berkebetulan jatuh pada hari ini supaya memperbanyakkan berselawat dan mengucapkan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas lebih kurang 15 minit menyampaikan tazkirah beliau memohon untuk beredar kerana akan balik ke Kelantan pada malam ini juga.Beliau berharap jika diberi keizinan beliau akan datang melawat sekali lagi ke pondok ini.
Tepat jam 8.45 malam,saya dan En.Hamidon bertolak menghantar Dato Husam ke Tol Ckt Jering,keluarganya menunggu di sana.
No comments:
Post a Comment