Tuesday, October 30, 2012

KORBAN DI PONDOK

Isnin- 29/10/12 - KPMU sekali lagi disedekahkan dengan binatang untuk dijadikan korban. Kali ini 2 ekor lembu an seekor kambing. Daging lembu tersebut disedekahkan kepada masyarakat sekitar Lekir dan Sungai Tiram manakala kambing itu pula dibakar dan dimakan semua selepas Isyak. Jazakallah kepada semua penyumbang moga Allah memberkati kalian dan diterima korban kalian.















Monday, October 29, 2012

KHUTBAH DAN KORBAN DI PANGKOR









LAWATAN KING FAISAL SCHOOL RIYADH KE PONDOK
























Sabtu 20/10/12- Kami menerima lawatan daripada pelajar-pelajar King Faisal School, Riyadh Arab Saudi seramai 17 orang bersama 2 orang guru dan 7 orang daripada Outward Bound School di Teluk Batik dalama lawatan muhibbah dan kerja amal di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum Sabtu yang lepas. Mereka datang sambil bergotong royong di pondok dan membina taman bunga di hadapan bangunan Kuliayah baru. Kami amat berbesar hati dengan kedatangan mereka dan sempat beramah mesra, gotong royong dan bersukan dengan pelajar2 pondok. Terima kasih pada semua pelajar dan pihak penganjur atas kunjungan ini. Barakallahu Bikum

Thursday, October 25, 2012

KONSERT KESENIAN ISLAM JOM JELAJAH KV












Jumaat 19/10/12 - Kolej Vokasional Zon Perak mengadakan Karnival Jom Jelajah KV yang bertempat di KV Seri Manjung selama tiga hari bermula 18 - 20 Oktober yang lalu. Pada malam Sabtu tersebut diadakan Konsert Kesenian Islam yang menimpilkan 3 orang artis nasyid iaitu Ust Nazrey Johani (Raihan), Ust Akhwan Afendi dan Ust Huri Alias daripada Ipoh. Bermula jam 9.30 malam program yang mendapat sambutan ramai tersebut berjaya menimbulkan nuasa Islami dan unsur dakwah sepanjang Konsert itu berjalan. Saya telah diamanahkan sebagai pengarah program tersebut.