Friday, December 25, 2009

VAN BARU UNTUK PONDOK





Semalam 23/12/09, atas keperluan yang mendesak maka pihak Persatuan Kebajikan Al-Furqan telah membeli sebuah van Toyota Hiace 14 penumpang untuk kegunaan pondok, anak yatim dan warga emas. Keperluan kepada sebuah kenderaan bersaiz agak besar penting bagi memudahkan pengangkutan pelajar ke soklah dan sebarang aktiviti pondok. Van secondhand ini dibeli dengan harga RM39000. Oleh itu sesiapa yang berhajat untuk menderma atau mewaqafkan sejumlah wang bagi melangsaikan pembayaran van ini amat-amatlah dialu-alukan. Mudah-mudahan waqaf tuan/puan ini akan menjadi saham di akhirat bagi membantu anak-anak yatim, warga emas, muallaf dan fakir miskin yang ada di pondok ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menhubungi Ust Syed :019-5121274 atau Hj Ramlan : 012-5166234 atau bank in ke akaun Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum : 08030002152719 (Bank Muamalat). Moga Allah membalas jasa tuan/puan.

Thursday, December 24, 2009

PELAJAR PONDOK INTENSIF 2009






Kem Pondok intensif 2009 yang bermula pada 8 Disember hingga 25 Disember 2009 telah berjaya mengumpulkan 25 orang pelajar berbagai daripada tahun 1 hingga tingkatan 3. Pelajar anak yatim pondok juga terlibat sama dalam program ini bagi mengisi musim cuti mereka dengan aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan dan berfaedah. Kem ini menerapkan konsep kefahaman Islam yang sebenar daripada aspek akhlak, amaliah dan teori. Mereka diberikan ilmu berkaitan dengan Al-Quran, Feqah, Tauhid, Tasawuf, Adab, Tajwid dan praktikal solat serta pengurusan jenazah. Alhamdulillah selama 3 minggu pelajar ini dididik dengan ilmu Islam dan tarbiyah ruhaniyah Islam sebenar agar menjadikan Islam matlamat dan cara keseluruhan hidup mereka. Program ini memberikan ruang untuk para ibu bapa mengisis masa lapang anak mereka di musim cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan terhindar daripada budaya dan cara hidup negatif remaja sekarang.

Thursday, December 17, 2009

Tuesday, December 8, 2009

ZIARAH DAKWAH DI KELANTAN, KEDAH DAN PERAK

























































Pada 3 Disember yang lalu, kami telah menganjurkan ziarah dakwah ke Pondok-pondok dan antaranya Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Tok Selehor, Darul Anwar dan rumah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Di Kedah kami melawat Pondok Ust Bakar di Parit Panjang, perkuburan syuhada' Memali dan Pondok Pakteh Pengkalan Hulu.