Thursday, December 24, 2009

PELAJAR PONDOK INTENSIF 2009






Kem Pondok intensif 2009 yang bermula pada 8 Disember hingga 25 Disember 2009 telah berjaya mengumpulkan 25 orang pelajar berbagai daripada tahun 1 hingga tingkatan 3. Pelajar anak yatim pondok juga terlibat sama dalam program ini bagi mengisi musim cuti mereka dengan aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan dan berfaedah. Kem ini menerapkan konsep kefahaman Islam yang sebenar daripada aspek akhlak, amaliah dan teori. Mereka diberikan ilmu berkaitan dengan Al-Quran, Feqah, Tauhid, Tasawuf, Adab, Tajwid dan praktikal solat serta pengurusan jenazah. Alhamdulillah selama 3 minggu pelajar ini dididik dengan ilmu Islam dan tarbiyah ruhaniyah Islam sebenar agar menjadikan Islam matlamat dan cara keseluruhan hidup mereka. Program ini memberikan ruang untuk para ibu bapa mengisis masa lapang anak mereka di musim cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan terhindar daripada budaya dan cara hidup negatif remaja sekarang.

No comments: