Friday, April 24, 2009
BOLEHKAH MENGUNDI CALON BUKAN ISLAM DALAM PILIHAN RAYA
Adalah menjadi kewajipan kepada individu Islam memastikan supaya setiap perbuatannya tidak bertentangan dengan Islam, Justeru umat Islam wajib memilih halal berbanding yang batil (haram). Sekiranya terdapat usaha dari pihak parti yang ingin menggangu gugat kerajaan yang ternyata adil dan berkebajikan, adalah menjadi satu kewajipan umat Islam untuk memastikan kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tersebut supaya tidak tergugat.
Sekiranya tidak wujud hak dan batil, dalam situasi kedua duanya batil, maka ulama menggunakan kaedah fekah iaitu memilih yang paling ringan mudaratnya. Ulama membawa contoh, ‘antara haram memakan bangkai dengan haram membunuh diri. Haram memakan bangkai jauh lebih kecil daripada membunuh diri. Maka ulama mengharuskan makan bangkai untuk menjaga nyawa.’
Sehubungan itu ketika berhadapan dengan isu calon bukan Islam, umat Islam boleh memilih sama ada mengundi calon yang akan mengukuhkan kerajaan (yang adil dan berkebajikan) atau menguatkan lagi usaha pihak parti lain yang ingin menggugat kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi.
Justeru itu sudah tentu calon yang ditampilkan oleh parti yang menjadi kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi lebih aula dipilih dari pihak parti lain yang ingin menggugat kerajaan (yang adil dan berkebajikan) tadi. Walaupun kedua duanya bukan Islam. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menuntut agar menolong pihak yang membuat kezaliman dan pihak yang dizalimi. Maka, perlu difahami menolong orang yang membuat zalim itu maknanya umat Islam perlu usaha halang usaha pihak yang ingin membuat kezaliman tadi, dalam konteks pilihan raya kita perlu halang usaha pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan yang ternyata mengamalkan keadilan dan berkebajikan.
(~ dipetik dan diadaptasi dari artikel Harakah. Sumber daripada Syeikh Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia Negeri Kedah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment