Wednesday, January 7, 2009

MESYUARAT DENGAN YB KESAVAN

Semalam pada 5 Januari 2009 jam 4.00 petang telah diadakan mesyuarat Khas berkenaan rumah Pn Khasanah yang terbakar di Bt 16 Sg Sumun Hutan Melintang. Mesyuarat telah diadakan di pejabat Penghulu depan sekolah SEMESTI Teluk Intan yang dihadiri oleh YB Kesavan, Tok Penghulu, Pn Ruby (Pjbt Daerah Teluk Intan), Tok Sidang Bt 16, Pn Khasanah dan beberapa orang lagi. Ana mewakili Persatuan Kebajikan Al-Furqan turut dijemput hadir oleh YB kerana turut membantu membina rumah Pn Khasanah yang terbakar hangus dalam kejadian pada 18/10/08 yang lalu.
Dalam mesyaurat tersebut pihak Penghulu telah berjanji akan menyiapkan rumah Pn Khasanah yang terbakar secepat mungkin. Dalam majlis itu juga YB menyampaikan sumbangan daripada M.B RM2500, Pejabat Daerah RM1000, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula berjanji akan memberi RM2000. Jumlah keseluruhan ialah RM10500 jika ditambah dengan kos barangan yang telah dibeli oleh Persatuan Al-Furqan. Kami mendoakan agar beliau dapat segera duduk di rumah barunya memandangkan sudah masuk 3 bulan beliau tinggal bawah "bangsal" sahaja. Semua usaha ini ialah kerana kasih sesama insan yang dianjurkan oleh agama Islam. Kata Nabi, "Tidak sempurna iman seorang kamu jika kamu tidak kasih kepada saudara kamu sepertimana kamu kasih pada dirimu sendiri."

No comments: