Tuesday, June 23, 2009

GOTONG ROYONG DEPOT BEKALAN ARMADA TLDM






Pada 20/6/09 (Sabtu) yang lalu, seramai 65 orang pegawai dan anggota daripada Depot Bekalan Armada TLDM Lumut telah bertungkus lumus mengadakan program Jiwa Murni dengan mengadakan gotong royong di pondok Manabiul Ulum. Pasukan ini datang seawal jam 8 pagi hinggalah jam 12.30 tengahari.Mereka mesin rumput, meracun, menegecat surau, bersihkan persekitaran, tunjukkan kaedah memadam kebakaran dan sebagainya. Selepas makan tengahari mereka pulang, pihak pengurusan Kompleks mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti dan sumbangan kepada anak yatim serta warga emas di Kompleks ini mudah-mudahan Allah membalas jasa baik tuan-puan semua dengan ganjaran di akhirat.

No comments: