Tuesday, February 10, 2009

PULANGNYA SEORANG PEJUANG


Ust Rosli Sabah sudah pulang ke Tawau setelah 2 bulan lebih membantu urusan anak yatim dan pondok di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Kami rasa macam patah kaki bila beliau meninggalkan kami pulang ke kampungnya di Tawau selepas menamatkan pengajiannya di IAIN Medan dalam jurusan Tafsir Hadis. Beliau yang sudah mula membantu pondok mulai daripada awal pembinaan lagi sebelum menyambung pelajarannya ke Indonesia. Moga Allah memberikan rezeki yang murah dan jodoh yang baik pada beliau. Jasamu tetap kami kenang.

No comments: