Sunday, May 31, 2009

Ribut di Lekir





Dewan Pemuda Lumut (DPPKL)semalam telah memberikan sumbangan berupa bekalan makanan dan sedikit wang kepada mangsa yang tinggal di sekitar Sg Tiram Lekir. Hujan yang lebat diikuti dengan ribut pada awal pagi 30/5/09 itu mengakibatkan banyak rumah-rumah yang rosak serta di ada yang ditimpa pokok. Persatuan juga telah menyumbangkan bebereapa keping zink untuk membaiki bumbung Sekolah Agama Rakyat yang tertanggal akibat ribut tersebut.

Monday, May 25, 2009

Gotong Royong dan Taklimat Kebakaran Bomba Manjung







Pada hari Sabtu 23/5/09 yang lepas jam 9 pagi, pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Manjung telah datang dan membantu pondok dalam gotong royong sekitar kawasan Kompleks dan mengadakan taklimat kebakaran untuk semua warga pondok. Program ini sempena hari Bomba Sedunia. Rombongan yang terdiri daripada 40 anggota itu pulan jam 12 tengahari selepas jamuan makan nasik lemak. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pasukan Bomba Manjung, mudah-mudahan kerjasama ini akan berkekalan.

Saturday, May 23, 2009

Lawatan dan Sukaneka Bersama Jururawat Hospital Angkatan Tentera TLDM






Hari ini, Sabtu (16 Mei 2009, Jururawat Hospital Angkatan Tentera TLDM telah datang untuk memberi sumbangan di pondok dan mengadakan sukaneka dengan pelajar anak yatim . Program ini sempena Sambutan Hari jururawat Sedunia pada 12/5/09 yang lalu. selepas makan tengahari, meraka pulang jam 12.30 tengahari. Pihak Pondok mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan pihak HAT. Semoga Datang lagi... (",)

Thursday, May 21, 2009

Friday, May 1, 2009

Lawatan & Sumbangan Kepada Pondok Oleh TLDM dan Etiqa Takaful

LAWATAN & SUMBANGAN DARIPADA TLDM DAN TAKAFUL ETIQA

Khamis 23/4/2009, Syarikat Takaful Etiqa telah bermurah hati memberikan sumbangan kewangan untuk dana Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Rombongan mereka datang bersama Pengarah Takaful Etiqa Perak En. Sabri yang datang daripada Ipoh. Pihak Persatuan sangatlah berbesar hati atas sumbangan dan keperihatinan pihaka Takaful Etiqa ini.