Tuesday, December 28, 2010
LAWATAN KE PADANG, SUMATERA BARAT
Pada 23-27 Disember yang lalu, ana mewakili Persatuan Kebajikan Al-Furqan sempat melawat ke Padang, Sumatera Barat dengan tujuan mengadakan MoU dengan institusi agama yang berada di sana bagi memudahkan pelajar daripada Malaysia untuk menyambung pelajaran mereka. Ketika di sana kami disambut baik oleh Dekan Fakulti Dakwah dan stafnya yang juga bekas pensyarah ana dulu. Kami sempat mengadakan MoU dengan Pesantren Thawalib Padang Panjang, IAIN Imam Bonjol Padang dan diskusi untuk menghantar pelajar ke Ar-Risalah Lubuk Minturun, Padang. Penulis juga sempat bertemu teman-teman lama ketika belajar dahulu melepaskan kerinduan setelah sembilan tahun meninggalkan Padang. Mudah-mudahan dengan pertemuan ini akan membuka lembaran baru untuk hubungan dua hala antara Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum dengan Institusi agama di Padang.
BANTUAN ALATAN SEKOLAH PADA ANAK YATIM DI BALING BERSAMA ADUN KUPANG
Baru-baru ini pihak SKWAT (Sekretariat Wakil Rakyat Baling) telah menyampaikan bantuan khusus bagi anak yatim seluruh DUN Kupang seramai 400 orang yang diadakan di Pejabat SKWAT Kupang, Baling, Kedah. Saya juga dijemput dalam program pagi tersebut sebagai tetamu dan diberi penghormatan menyampaikan beg dan pakaian sekolah kepada anak yatim tersebut. Mudah-mudah kerja murni Cikgu Jo( Johari- ADUN Kupang) dan seluruh team SKWAT ini diredhai Allah dan mendapaat balasan yang setimpal daripadaNya.
Tuesday, December 21, 2010
HARI PENUTUP KEM PONDOK INTENSIF 2010
Majlis pentup Kem Pondok Intensif diadakan pada 11 Disember 2010 yang lalu bagi meraikan kem selama 3 minggu yang diadakan di KPMU. Semua ibu bapa dijemput hadir. Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi oleh Ust Nazrul Izwan, tayangan movie maker aktiviti sepanjang program, persembahan pelajar dan penyampaian hadiah serta sijil. Majlis berakhir jam 12.30 tengahari.
Monday, December 6, 2010
Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , at 6.12.10,
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
* Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Subscribe to:
Posts (Atom)