Sunday, February 21, 2010

KERJA AMAL RAKAN MUDA SLIM RIVER







Pada Sabtu 20/2/10 yang lalu sekitar jam 10 pagi, pasukan Rakan Muda di bawah kementerian Belia dan Sukan Slim River telah datang mengadakan aktiviti amal dengan warga KPMU sehinggalah jam 5.30 petang. Bukan setakat gotong royong membersihkan kawasan bahkan sukaneka dan sumbangan telah diberikan oleh mereka. Rombongan seramai 21 orang itu termasuk 9 orang remaja berbangsa India turut memeriahkan program bersama anak yatim dan fakir miskin. Moga Allah membalas jasa kalian.

No comments: