Wednesday, March 31, 2010
LAWATAN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Pada 26/3/10 yang lalu, Kolej Insaniah Alor Setar Kedah telah membuat lawatan muhibbah di bawah kelolaan Pembimbing Rakan Siswa KUIN. Rombongan seramai 75 orang itu telah berjaya mempertautkan hubungan harmoni dengan warga pondok ini.
Monday, March 22, 2010
WE ARE THE CHAMPION
Pasukan Lumut yang menjadi Johan Futsal DPPN Perak telah mewakili DACS Perak dalam pertandingan bolasepak 9 sebelah Piala Ketua DPPP yang berlangsung di Mini Staduim Kuala Selangor. Pertandingan yang disertai oleh 36 pasukan seluruh Malaysia telah menyaksikan kehandalan pasukan DACS Perak yang menjuarai pertandingan tersebut dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2500 beserta piala dan medal. Dengan memenagi 5 perlawanan termasuk dua perlawanan menang melalui sepakan penalti, tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pengurus pasukan yang berhempas pulas berjuang daripada 6 pagi berangkat daripada Lumut hinggalah 9 malam (perlawanan akhir). Tahniah kerana mengharumkan nama Perak.
5 HARI DI KUALA LUMPUR
Bermula 16/3/10 Selasa lepas, sampai pada 20/3 (Sabtu), YDP Persatuan telah ke Kuala Lumpur untuk mengajar di beberapa masjid sambil mengutip derma dan sumbangan untuk keperluan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Bagi semua penyumbang derma, waqaf dan zakat, kami mendoakan agar Allah membalas syurga dan kerahmatan kepada anda semua.
PELAJAR PONDOK CUTI SEMINGGU
Cuti sekolah bermula 13 - 21 Mac 2010, maka pondok membuat keputusan untuk turut memberi cuti rehat kepad semua warganya dalam masa tersebut. Bagi muallaf yang tinggal di Grik kami terpaksa menghantar mereka balik ke sana. Namun masih ada beberapa muallaf dan warga emas yang tidak pulang kerana menganggap pondok macam kampung halaman mereka.
Tuesday, March 9, 2010
PANGKOR BANJIR DI MUSIM KEMARAU
Pada subuh Sabtu yang lepas 6/3/10, Pulau Pangkor di timpa hujan dan ribut sekitar jam 4 pagi. Maka berlakulah banjir kilat yang masuk ke rumah penduduk kampung. Di antara kampung yang terlibat dalam musibah itu ialah Teluk Raja Bayang atau Kampung Masjid dan Sungai Pinang Kecil. Air masuk ke dalam rumah penduduk setinggi 2 kaki. Pada hari tersebut juga, YDP Persatuan Kebajikan Al-Furqan sempat membuat lawatan ke beberapa rumah yang ditimpa musibah dan menghulurkan bantuan seadanya untuk meringankan beban penduduk yang sedang dilanda ujian Allah.
Saturday, March 6, 2010
Hadiah Ummi jaga Yasin di Hospital
Budi baik dibalas baik. Jasa Ummi menjaga Ahmad Yasin selama 19 hari di hospital Ipoh dan Seri Manjung tak dapat dibalas kerana terpaksa berjaga siang malam sehingga Ummi jadi kurus. Jadi ana bawak lah Ummi, Yasin dan Fatahillah pi jalan-jalan ke Cameron Highland, tu pun tak tidur sebab Isnin dah nak sekolah. Terubat la sikit letih Umi tu dengan boleh jalan-jalan dan makan buah strawberry dan ais krim starwberry. Moga Allah balas jasa mu Ummi.
Friday, March 5, 2010
Keadaan Syed Ahmad Yasin Beransur Pulih
CERAMAH MAULIDUR RASUL SIRI 2
Pada 24 Februari yang lalu Ceramah Maulidur Siri ke 2 yang di sampaikan oleh Ust Zakaria Hj Amad daripada Taiping. Beliau banyak mengingatkan tentang kepentingan menuntut ilmu yang menjadi sasaran untuk menjadi ulamak dan solihin. Bertepatan dengan turunnya surah pertama iaitu Surah Al-Alaq yang menyuruh kita membaca sebagai sumber ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)