Thursday, July 29, 2010

Hukum Bangkai Dalam Islam

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diharamkan makan bangkai.
Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..."(3: Al-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qardawi:"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Pengkecualian
Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan,baginda menjawab:

"Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad)

Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan , mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang dicampakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda:

"Makanlah terhadap rezeki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu."

Maka sebahagian sahabat memberi kepada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari)

Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dgn tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata:

"Kami telah menyertai telah tujuh peperangan dengan memakan belalang."(Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

Penggunaan kulit, tulang dan bulu binatang

Pengharaman bangkai adalah pengharaman memakannya. Adapun menggunakan kulit, tanduk, tulang dan bulunya adalah dibenarkan. Malahan dituntut kerana ia adalah harta yang perlu digunakan dan tidak boleh disia-siakan.

Apabila Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dgn bangkai kambing. Nabi s.a.w bersabda:"Mengapa kamu tidak kamu ambil kulit bangkai itu, kamu sertu kemudian kamu boleh menggunakannya."

Para sahabat berkata:"Kulit itu adalah bangkai!"

Nabi s.a.w menjawab:"Pengharaman hanya memakannya sahaja"(Hr Jemaah melainkan Ibnu
Majah)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Kebenaran ini merangkumi semua kulit termasuklah kulit babi dan anjing. Inilah pendapat ahli Zahir, Abi Yusuf dan pendapat yg ditarjihkan oleh as-Syaukani."

Adapun kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie menyatakan tidak suci kulit bangkai babi dan anjing dengan sertu.

Maksud sertu yg membolehkan kulit bangkai tadi digunakan adalah membasuhnya dgn bahan-bahan tertentu sehingga kalau di celup dlm air yg bersih maka air tadi tidak kotor.

Cara Mandi dan berwuduk ketika ada pembalut luka pada anggota

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

16 Syaaban 14
Definasi Jabirah: Ia adalah penutup atau pembalut anggota (samada kain, simen, kayu dan sebagainya) yang menegah sampai air ketempat yang wajib disampaikan air dalam mandi atau wuduk yang wajib.

Hukum Jabirah: Sekiranya si pemakai tidak takut timbulnya kemudaratan pada anggota yg dibalut atau disimen apabila ia ditanggalkan maka wajib ditanggalkan. Jika takut kemudaratan maka tidak perlu ditanggalkan. Apabila boleh ditanggalkan dan dan dibasuh maka cara wuduk dan mandi seperti biasa.

Jika tidak maka caranya adalah seperti berikut:
Cara wuduk orang yang dibalut anggota wuduknya:

1. Berwuduk sehinggalah sampai tempat yang dibalut.

2. Bertayammum sebagai ganti dari tempat yang luka yang tidak boleh dibasuh.

3. Membasuh atau menyapu tempat yang sihat yang boleh dibasuh atau disapu.

4. Sapu dengan air di atas permukaan pembalut yang membalut luka.

5. Menyempurnakan wuduk.

Perhatian: Tayammum adalah pada dua anggota iaitu muka dan tangan sampai siku.

Cara mandi orang yang dibalut anggotanya:

Hendaklah dia memilih samaada mendahulukan mandi atau atau tayammum. Seeloknya dia mendahului mandi daripada tayammum supaya air mandi menghilangkan kesan tanah.

Hukum apabila seseorang itu hendak sembahyang fardu kali kedua dan dia masih lagi suci dengan wuduk cara lepas (5 step yg lepas):

: Dia hanya perlu tayammum sahaja menurut pendapat imam Nawawi dan ini pendapat yang muktamad. Imam Rafi’ie menyatakan perlu tayammum dan membasuh kembali anggota yang tertibnya selepas anggota yang dibalut.

Hukum apabila seseorang itu hendak sembahyang fardu kali kedua dan dia masih lagi suci dengan mandi yang lepas (mandi dengan tayammum) dan wuduk yang biasa:

: Dia hanya perlu tayammum sahaja menrut persepekatan ulama Syafi’ie.

Hukum solat orang yang dibalut anggota wuduk atau mandinya dari segi perlu diqada (ulang) atau tidak:

1. Apabila pembalut itu membalut anggota tayammum (muka dan tangan) maka wajib qada.

2. Kalau bukan di anggota tayammum maka dilihat seperti berikut:

Sekiranya pembalut hanya membalut tempat yang luka maka tidak perlu qada.Sekiranya pembalut membalut tempat yang luka dan melampaui tempat yang sihat maka ada pemerincian:

Kalau yang lebih itu hanya mengambil kadar untuk mengukuhkan pembalut tersebut dan diletakkan pembalut tadi dalam keadaan bersih dari hadas kecil atau besar maka tidak wajib qada.
Sekiranya yang lebih itu hanya mengambil kadar untuk mengukuhkan pembalut tersebut dan diletakkan dalam keadaan tidak suci dari hadas kecil atau besar ataupun dibalut sehingga melebihi keperluan untuk mengukuhkan pembalut tersebut maka wajib diqadakan.
Adapun sekiranya luka tersebut tidak dibalut maka wajib membasuh bahagian yang sihat dan tayammum. Tidak wajib mengqadakan solatnya walaupun luka tersebut pada anggota yang luka.
Imam Nawawi dalam kitab Majmuk memilih pendapat al-Muzani yang mengatakan orang yang membalut anggota wuduk atau mandinya pada semua keadaan diatas.

Wednesday, July 28, 2010

Setiap amalan dibalas

DIkirim oleh epondok di Julai 28, 2010

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SETIAP pekerjaan termasuk menguatkuasa undang-undang lalu lintas juga diberi balasan oleh Allah di akhirat kelak. -Gambar hiasan

Syed Qutub berkata: “Surah ini dimulakan dengan menayangkan beberapa surah kiamat yang dijelaskan dengan luas dalam surah al-Takwir, surah al-Infitar dan surah al-Naba’, tetapi gambaran kiamat yang ditayangkan di dalam surah ini mempunyai satu ciri khusus yang berlainan, iaitu ciri menyerah kepada Allah SWT, di mana langit dan bumi menyerah diri dengan penuh patuh dan khusyuk kepada Allah.”

Imam Malik meriwayatkan dari Abdullah bin Yazid, dari Abu Salamah bahawa Abu Hurairah r.a pernah membaca dalam solat bersama mereka yang bermaksud: “Apabila langit terbelah lalu ia sujud.”

Apabila selesai, Abu Hurairah memberitahu mereka bahawa Rasulullah SAW pernah bersujud kerana membacanya. Demikian yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Nasaei.

Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah, serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.

Ibn Kathir berkata: “Iaitu pada hari kiamat di mana makhluk mendengar dan mematuhi serta mentaati perintah Tuhannya yang selayaknya dipatuhi.”

Syed Qutub menambah: “Tetapi perkara baru yang dikemukakan di dalam surah ini ialah penyerahan diri langit kepada Tuhannya iaitu ia wajib menyerah diri menjunjung perintah Tuhannya dengan penuh ketaatan dan kepatuhan.”

Firman Allah SWT: “Dan apabila bumi diratakan, serta mengeluarkan apa Yang di dalamnya, dan menjadi kosong, serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; – (maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa Yang telah dilakukannya).”

Ibn Kathir berkata, maksud bumi diratakan adalah dihamparkan, dibentangkan dan diluaskan. Mujahid, Said dan Qatadah berpendapat di mana bumi memuntahkan yang ada di dalamnya bermaksud mengeluarkan mayat-mayat yang ada dalam perutnya sehingga benar-benar kosong.

Ada tafsir menyebut termasuklah isi kandungan di dalam bumi seperti logam-logam, air-air dan rahsia-rahsia yang diketahui Allah.

Semua isi kandungan ini telah dikandung bumi abad demi abad sehingga sampailah hari kiamat, dan pada hari itulah bumi akan meluahkan semua isi kandungannya itu.

Firman Allah SWT: Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) Dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa Yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Ibn Kathir berkata: “Dia akan membalas atas perbuatan usahamu. Syed Qutub dalam salah satu tafsirannya menyebut: “Wahai insan yang dikurniakan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang istimewa! Pilihlah untuk dirimu jalan yang layak dan sesuai dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah kepadamu! Pilihlah jalan yang memberi kerehatan kepadamu dari segala kepenatan semasa engkau menemui Allah kelak.

“Seruan ini menghubungkan dengan untung nasib yang akan diterima oleh orang-orang yang berpenat lelah dan bertungkus lumus di dunia apabila mereka sampai di penghujung jalan menemui Tuhan mereka”.

Firman Allah SWT: Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dengan pengertian lain, seluruh amal perbuatannya tidak dihisab secara khusus, kerana barang siapa yang dihisabnya dilakukan seperti itu (mendalam), maka tidak diragukan lagi pasti dia akan binasa.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Aisyah R. Anha, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang dihisab secara khusus, pasti dia akan diazab.

Lalu Aisyah R. Anha bertanya lagi: Bukankah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah? Baginda bersabda: Bukan itu yang dihisab, tetapi yang demikian itu hanyalah amal perbuatan, kerana barang siapa yang dihisab secara mendalam, pasti dia akan di azab. (riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tarmizi dan an-Nasaei)

Firman Allah SWT: Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) Dengan sukacita. Qatadah, al-Dahhak berkata dalam keadaan senang, kerana merasa gembira atas apa yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Firman Allah SWT: Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Ibn Kathir berkata, cara penerimaannya iaitu dengan tangan kirinya dari arah belakang, di mana tangannya itu menghulur dan diberikan buku catatannya itu kepadanya.

Sheikh al-Maraghi berkata: “Sesetengah yang lain apabila diperlihatkan amalan perbuatannya yang telah lalu wajahnya bertukar menjadi muram, berusaha menjauhi dan membelakangi serta berharap agar tidak diperlihatkan kepadanya, diambil bukunya dengan catatan amalan itu dengan tangan kiri atau diambilnya dengan cara membelakanginya”.

Pada ketika itu dia berseru: “Oh celaka sekali!” Atau dengan keluhan: “Wahai kebinasaan! Terimalah buku itu, kerana kami tidak ingin terus hidup, ia mengetahui hal itu adalah penyebab adanya seksaan yang lama dan pasti dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan merasakan kepanasan api neraka”.

Firman Allah SWT: Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! Ini kerana mereka melakukan maksiat di dunia dan lupa pembalasan akhirat.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

Sheikh al-Maraghi berkata: “Ayat ini berkata orang yang mengikut hawa nafsu syahwatnya dan kelazatan dunia, tidak termasuk dalam golongan orang yang mempunyai perkiraan tentang hari akhirat, keyakinan bahawa mereka akan dikembalikan semula kepada Tuhan untuk dihisab amalannya.

Bahkan mereka beranggapan kuat bahawa mereka tidak akan dihisab dan Allah SWT tidak menyalahi janji-Nya.

Firman Allah SWT: (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa melihat dan mengetahui keadaannya!

Hamka berkata: “Oleh sebab itu maka hati-hatilah melangkah dari sekarang, agar tenaga tidak habis percuma dan kelak kita akan bertemu dengan Tuhan kita dalam suasana yang menggembirakan hati. Sebab Tuhan sendiri pun inginkan agar kita menjadi orang baik (orang soleh)”.

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang mendapat catatan amalan dengan tangan kanan. Amin.

Nama-nama malam Nisfu Sya’ban

Dikirim dalam Amalan Pilihan | Leave a Comment »

DIkirim oleh epondok di Julai 26, 2010

Sebagian ulama menyebutkan bahwa malam nishfu sya’ban memiliki banyak nama, dan sudah menjadi maklum bahwa banyaknya nama menunjukkan kemulyaan yang mempunyai nama itu. Bahkan al Imam Abul Khoir Ath Thaliqani menyebutkan tidak kurang 22 nama nishfu sya’ban, diantaranya :

Lailatul Mubaarokah (Malam keberkahan)

Artinya malam itu sendiri memiliki keberkahan, atau karena makna dan rahasia yang terdapat didalamnya atau karena dekatnya malaikat kepada manusia pada malam itu.

Lailatul qismah (Malam pembagian)

Yaitu pembagian rizqi dan penentuan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang diriwayatkan dari ‘Atho’ bin Yasar, beliau berkata:

“Jika tiba malam nishfu sya’ban malaikat maut menghapus setiap nama orang yang ditakdir akan mati pada sya’ban itu sampai sya’ban yang akan datang, dan sesungguhnya seseorang berbuat kedholiman dan kekejian atau menikahi wanita atau menanam pepohonan padahal namanya telah dipindah dari (catatan) golongan orang-orang yang hidup ke dalam (catatan) golongan orang-orang mati dan tidak ada malam yang lebih mulia setelah malam Lailatul Qadr daripada malam nishfu sya’ban”

Lailatut Takfiir (Malam pengguguran dosa)

Al Imam Taqiyuddin As Subki RA menyebutkan dalam tafsirnya bahwasanya malam nishfu sya’ban menggugurkan dosa selama setahun dan malam jum’at menggugurkan dosa sepekan dan malam lailatul qadr menggugurkan dosa seumur hidup.

Lailatul Ijaabah (Malam pengabulan doa)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, beliau berkata :

“Terdapat lima malam yang tidak akan tertolak doa ( si hamba ), yaitu malam jum’at, awal malam bulan rajab, malam nishfu sya’ban, malam lailatul qadr dan dua malam hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha).

Lailatu ‘iidil malaaikah (malam hari raya malaikat)

Al Imam Abu Abdillah Thohir bin Kuhammad bin Ahmad al Haddadi ra menyebutkan dalam kitabnya ‘Uyuunul Majaalis :

“ Sesungguhnya para malaikat di langit mempunyai dua hari raya sebagaimana kaum muslimin, adapun hari raya malaikat adalah malam nishfu sya’ban dan malam lailatul qadr sedangkan hari raya muslimin adalah idul fitri dan idul adha. Hari raya malaikat malam hari karena mereka tidak tidur, jadi siang dan malam sama di hadapan mereka, sedang hari raya muslimin pada siang hari karena malam adalah waktu mereka tidur dan beristirahat “.

Lailatusy Syafa’ah (Malam pemberian syafa’at)

Nama ini diberikan oleh al Imam Abu Manshur Muhammad bin Abdillah al Hakim an Naisaaburi dan ulama lainnya.

Lailatul Baraa ah (malam pembebasan)

Yang dimaksud adalah dibebaskan dari neraka Allah, yang demikian ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan hak-hak Allah dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba Allah.

Lailatut Ta’dziim (malam kemulian)

Nama ini diberikan oleh Taqiyuddin as Subki ra dalam tafsirnya.

Lailatul ghufraan wal ‘itq minan niiraan (malam pengampunan dan pembebasan dari neraka)

Keterangan ini disebutkan dalam kitab Tuhfatul Ikhwan yang ditulis oleh as Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Hijazi Rahimahullah.

Dengan keterangan diatas kita dapat mengetahui betapa agung malam nishfu sya’ban itu. Sehingga ketika kita sudah mengetahui kemuliaannya maka hendaknya kita mempergunakan kesempatan umur dengan banyak beribadah pada malam ini, entah dengan sholat, dzikir, sholawat atau doa-doa yang biasa dibaca oleh kaum muslimin. Doa-doa itu ditulis oleh ulama pendahulu kita agar dibaca guna memulyakan dan menyemarakkan malam nishfu sya’ban sehingga umur dan waktu kita tidak berlalu begitu saja. Dan di dalam semua itu terdapat fadhilah dan pahala yang besar. Wallahu A’lam.

Dikirim dalam Artikel Pilihan | 3 Komen »

Muslim dituntut sentiasa istiqamah dalam beribadat

DIkirim oleh epondok di Julai 25, 2010

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Amalan secara berterusan tingkat darjat, martabat umat Islam sebagai generasi terbaik

ANTARA sifat terpuji yang menjadi perhiasan wajib orang Mukmin yang bertakwa kepada Allah ialah beristiqamah dalam beramal soleh. Sehubungan itu, Allah Taala berfirman dalam surah Hud, ayat 112 yang bermaksud: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”

Jelas daripada maksud ayat al-Quran itu, istiqamah membawa maksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendiriannya yang asal, tidak berganjak dan juga tidak mundur ke belakang biar selangkah jua. Biar apa pun yang terjadi dan apa yang bakal dihadapinya, pendiriannya yang asal tetap dipertahankan walaupun nyawa dan jasadnya akan menjadi bahan pertaruhan. Yang penting baginya, pendiriannya untuk menjayakan cita-citanya yang suci akan tercapai dan berjaya juga akhirnya.

Perlu diinsafi bahawa beristiqamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa pun jua biarpun lidah yang tidak bertulang ini begitu petah melafazkannya ke seantero dunia. Ini kerana istiqamah sebenarnya sedikit sebanyak menuntut pengorbanan yang penuh tulus daripada seseorang Muslim dan kadangkala jasadnya, hartanya dan nyawanya sekali akan menjadi pertaruhan demi menjayakan cita-cita Islam. Situasi seumpama inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi Rasulullah SAW iaitu para sahabat yang tetap teguh dalam perjuangan mereka menegakkan Islam ketika itu.

Selain daripada beristiqamah mempertahankan kebenaran dan kepercayaan yang bertakhta di jiwa sanubarinya, seorang Muslim juga dituntut supaya beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan juga menjauhi segala larangan-Nya. Beristiqamah dalam mengerjakan amalan soleh yang dianjurkan Islam adalah amalan amat afdal dan disukai di sisi Allah Taala. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitab Hidayah al-Mursyidin pula menegaskan bahawa istiqamah itu ialah satu keadaan konsisten atau beriltizam dalam menuruti sunnah yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah, berakhlak dengan akhlak yang diredai Allah Taala dan sikapnya serta tindakannya jauh daripada pengaruh hawa nafsu. Sebab itulah orang yang dikuasai oleh hawa nafsu, mata hatinya akan menjadi buta. Akibatnya, dia tidak dapat membezakan antara yang sunnah dengan yang bidaah dan yang baik dengan yang buruk. Bahkan yang sering terjadi adalah sebaliknya, perkara bidaah dianggap sunnah, sunnah pula dikira sebagai bidaah, yang salah dikatakan benar dan yang benar dikira salah pula.

Yang paling menggerunkan lagi, apabila seseorang manusia kalah dalam perjuangan memerangi hawa nafsu, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana hawa nafsu mampu mengubah ibadat seseorang hamba itu kepada Allah Taala yang Maha Esa kepada ibadah hawa nafsu sentiasa cenderung mengarahkan manusia ke arah kesesatan dan kebatilan.

Justeru, seorang Muslim bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya ialah seorang Muslim yang sentiasa menjunjung segala titah dan perintah Allah pada sepanjang masa dan ketika tanpa memilih untuk beramal pada bulan atau hari tertentu. Padanya, setiap detik, masa dan hari berlalu amat berharga baginya untuk memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan dan persediaan sebelum menghadap Allah pada hari akhirat kelak.

Seorang Muslim yang beristiqamah akan merebut setiap peluang dan kesempatan mendatang tanpa berlengah-lengah kerana ingatannya sentiasa segar dengan hadis Rasulullah bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa hidup kamu sebelum datangnya masa mati kamu; masa sihat kamu sebelum datangnya masa sakit kamu; masa lapang kamu sebelum datangnya masa sibuk kamu; masa muda kamu sebelum datangnya masa tua kamu dan masa kaya kamu sebelum datangnya masa miskin kamu. (Hadis riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi).

Sehubungan itu, seorang Muslim yang bertakwa sentiasa prihatin dan peka dalam segala pelaksanaan amalan soleh demi meraih ganjaran disediakan oleh Allah Taala, lebih-lebih lagi ganjaran berlipat ganda pada bulan tertentu seperti bulan Muharam, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Pada bulan berkenaan, seorang Muslim yang beristiqamah akan melipatgandakan amalannya berbanding pada hari-hari biasa dan berusaha untuk meraih kelebihan, keistimewaan dan ganjaran yang terhampar sepanjang bulan berkenaan.

Amat malang juga ada sebahagian umat Islam yang hanya beramal pada bulan yang istimewa saja dan tidak meneruskan pula amalan soleh itu pada bulan yang lain.

Apabila tiba Ramadan, dia akan berpuasa dan melakukan amalan yang dianjurkan sepanjang bulan berkenaan dengan penuh tekun, tetapi setelah berlalunya Ramadan, dia seolah-olah ‘merdeka’ daripada segala amalan soleh. Ini menunjukkan betapa iman dan amalnya adalah bermusim seperti musim buah-buahan pada bulan tertentu. Amalan seumpama ini tidak disukai oleh Allah dan juga bukan sifat seorang Muslimbertakwa dan beristiqamah.

Rasulullah adalah qudwah terbaik sebagai seorang hamba Allah yang bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya. Rasulullah sentiasa beramal soleh sepanjang masa dan ketika, hatinya tidak putus-putus mengingati Allah, lidahnya sentiasa basah dengan zikir kepada Allah dan segala tindak tanduk serta pergerakannya sentiasa memantulkan nilai kebajikan dan kebaikan. Begitu juga generasi para sahabat berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah muncul sebagai generasi terbaik dan contoh dalam segala lapangan hidup.

Pendek kata, sifat istiqamah adalah sifat terpuji di sisi Allah Taala sehingga ia mengangkat darjat ketakwaan seseorang Muslim dan martabat umat Islam sebagai generasi terbaik dan contoh kepada umat lain. Oleh itu, amatlah wajar sifat istiqamah menjadi suatu perhiasan wajib bagi setiap Muslim supaya dia beroleh kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Fadhilat Bulan Sya’aban dan Nisfu Sya’aban

DIkirim oleh epondok di Julai 26, 2010

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )

Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Bibiografi

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

Tuesday, July 27, 2010

Hukum hakam Masjid

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

Masjid adalah tempat terbaik
أحب البلاد الى الله تعالى مساچدها وأبغض البلاد الى الله أسواقها

Maksudnya: Tempat yang disukai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang dibenci oleh Allah adalah pasar2. (Hr Muslim)

Masjid yang terbaik

Maksudnya: “Solat di masjid Haram seratus ribu kali ganda pahala solat, solat di masjidku seribu kali ganda pahala solat dan solat di masjid Aqsa lima ratus kali ganda pahala. (Hr Baihaqi)

Ganjaran membina masjid

من بنى مسجدا يبتغى به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة
Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid mengharapkan keredaan Allah semata2 maka Allah akan membina seumpannya untuk dirinya di syurga.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid walau sebesar sarang burung, Allah akan bina rumah untuknya di syurga.” (Hr Ahmad – sahih)

Disunatkan membaca doa untuk ke masjid seperti yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “Ya Allah jadikan cahaya di hatiku, cahaya di pandanganku, cahaya di pendengaranku, cahaya di kanan ku, cahaya di belakangku, cahaya di sarafku, cahaya di dagingku, cahaya di darahku, cahaya di rambutku dan cahaya di kulitku.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Pahala ke Masjid

من غدا الى المسجد أو راح أعد الله له الجنة نزلا كلما غدا أو راح
Maksudnya: “ Sesiapa yang ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap kali dia pergi waktu pagi atau petang.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid maka saksikanlah dgn keimanannya.” (Hr Ahmad dll)
Tahiyyatul Masjid

Disunatkan dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk ke masjid sebelum duduk. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke masjid hendaklah dia sembahyang dua rakaat sebelum dia duduk.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terhasil sunat tahiyatul masjid dengan apa2 jenis solat yang dilakukan sebelum duduk. Tahiyyatul masjid haram adalah dgn tawaf seperti yg dibuat oleh rasul s.a.w.
Orang berjunub, berhaid dan bernifas

Mereka semua dilarang masuk ke masjid melainkan jika hanya lalu tanpa berhenti di dalam masjid. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan orang2 yang berjunub tidak boleh masuk ke masjid melainkan dgn keadaan lalu sahaja sehingga mereka mandi wajib.” (An-nisa: 4/43)

Nabi s.a.w bersabda:

“Maka sesungguhnya aku mengharamkan masjid kepada orang yang berhaid dan berjunub.” (Hr Abu Daud – sahih)

Tidur di masjid

Harus dan tidak makruh tidur di masjid menurut ulama2 mazhab Syafie kerana ia dilakukan oleh Ibnu Umar dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari dan Muslim.
Orang kafir masuk masjid

Imam Abu hanifah dan ulama mazhab syafie mengharuskan kepada orang kafir masuk ke masjid. Ini kerana Thamamah bin athal diikat di masjid dan Orang kristian Najran masuk ke masjid Nabawi. Mazhab Syafie meletakkan 2 syarat:

1. Mendapat keizinan oleh pimpinan Islam.
2. Bukannnya masjid haram Makkah.

Mazhab Maliki melarang sama sekali kemasukan orang kafir melainkan orang2 yang berkerja.
Dilarang mengotorkan masjid

Nabi s.a.w bersabda:

البصاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Maksudnya: “Meludah di masjid adalah satu kesalahan, pengahapus dosanya adalah dgn menanamnya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya masjid2 ini tidak boleh dikencingkan dan dicampakkan kotoran2 . Sesungguhnya ia hanya untuk berzikir dan membaca al-quran.” (Hr Muslim)
Bersembang2 perkara yg harus di masjid

Tidak ada tegahan untuk bersembang2 perkara2 dunia yang diharuskan di masjid berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w tidak bangun dari tempat sembahyang sehinggalah terbitnya matahari. Apabila matahari terbit baginda pun bangun. Ketika itu para sahabat bersembang2 sehinggalah perkara jahiliah. Mereka tersenyum dan ketawa.” (Hr Muslim)

Adapun hadis yg mengatakan terhapusnya pahala apabila bersembang dunia adalah hadis palsu.

Menghias masjid

Makruh menghias masjid kerana boleh melalaikan orang2 yang sembahyang. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga2 dgn mencantikkan masjid.” (Hr Abu Daud)

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Kamu akan menghias2 masjid seperti mana orang2 yahudi dan nasrani menghiasnya.” (Hr Abu Daud)

Membersihkan masjid

Disunatkan membersihkan masjid dan menjaganya daripada dikotori. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Dan Nabi s.a.w menyuruh supaya dibersihkan dan diwangikan.”

Memasukkan kanak2, orang gila dan binatang

Kebanyakan ulama mengatakan makruh memasukkan kesemua itu ke dalam masjid kerana menyebabkan kotornya masjid. Budak yang makruh dimasukkan ke masjid adalah yang tidak mumayyiz lagi.

Program2 di masjid

Disunatkan mewujudkan program ilmu di masjid seperti mana yang disebut dalam hadis2 yang banyak. Boleh juga persembahan syair2 dan nyanyian yang baik seperti mana Hasan bin Thabit telah mendendangkan syairnya di Masjid (Hr Bukhari dan Muslim).

Hukum Bomoh Membomoh

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib.

Mereka berkata mampu mengetahui perkara gaib yang akan datang atau yang lepas dgn cara mereka berhubung dgn jin dan sebagainya. Rasulullah s.a.w memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dgn membacakan ayat:

"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang gaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman:

"Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gaib nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi s.a.w.Mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang gaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka.

Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangankami?" Nabi s.a.w menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang gaib.Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara gaib) berada dalam neraka."(Hr Tirmizi)

Percaya dgn cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib adalah kekufuran.

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang gaib,lalu percaya dgn kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)

Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara-perkara yang gaib. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah hai Muhammad ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang gaib..." (50: al-Anam)

Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh-bomoh yang mendakwa perkara-perkara yang gaib seumpama:

1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa perantara syptom2 tertentu dan alat2 moden.

Kebanyakan masyarakat mempercayai kata2 bomoh2 ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati dengan kewujudan
bomoh-bomoh ini.

Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dgn quran dan sunnah maka ia dibenarkan. Insya Allah saya akan tulis berkenaan dgn jampi dlm Islam.

Wednesday, July 21, 2010

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa



Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin*
Editor:lailatulema

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu". Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahawa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Tuesday, July 20, 2010

KULIAH SUBUH DAI KECIL DARI LAMPUNG





Isnin 19/7/10 - Pondok didatangi tetamu istimewa daripada Lampung Indonesia sebagai pentazkirah Kuliah Subuh iaitu Ustaz Umar Faruq bersama Ustaz Nursalam Al-Hafiz sebagai Mudirnya. Semua pelajar terpegun dengan ceramah yang konfiden, mantap dan fasih ust Umar Faruq yang berusia 11 tahun dan sudah menghafal 5 juzuk Quran.

PULANGNYA KERAHMATULLAH ABAH UMI





Khamis 8/7/10 (25 Rejab) jam 12.45 tengahri telah dipanggillah abah umi mengadap ke pangkuanNya di Hospital Sg Petani. Selama 2 minggu abah terlantar di hospital menanggung sakit kencing manis, gout dan darah tinggi sebagai asbab untuk dia pergi mengadap Allah Tuhan sekelian alam. Jenazah dibawa pulang segera ke Pengkalan Hulu dan dikebumikan jam 6.30 petang itu juga. Semua adik beradik dapat bertemu dengan jenazah Allahyarham kecuali Kak Long je tak sempat kerana jauh iaitu daripada Miri Sarawak. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Bulan Rejab beliau lahir dan bulan Rejab dia pergi mengadap Tuhannya.

Thursday, July 15, 2010

DEPA SAMBUT HARI LAHIR ANA DAAA....




Rabu 14/7/10 - ana menyambut hari lahir ke 37. Lupa dah pasai penat sangat habis sekolah terus mesyuarat sampai 5.30pm dan terus bertolak ke Bandar Bahru hantar Tokwan balik kampung setelah 3 hari dok di pondok. Patah balik sampai jam 1am di pondok, tu pun Umi drive pasai mengantuk sangat, rupa-rupanya bdk2 pondok tak tidor lagi depa bersedia dan dok tunggu ana balik untuk sambut harijadi dengan potong kek 2 tingkat, siap ada belon dan letup mcm zaman bdk2 sklh rendah dulu dan bagi hadiah besar tulisan khat kalimah syahadah. Semuanya depa kumpul duit depa sendiri. Terima kasih banyak2 la pasai ingat dan syg kat ust, tu tak tgk bdk perempuan lagi tu, depa tunggu lama sangat sampai semua dah tertidur belaka, kesian depa. Jazakallah semua terutama pada abang Azizul yang punya idea ni rasanya. Ust sayang kalian semua.

Tuesday, July 13, 2010

PROGRAM SEMAI BAKTI TLDM






Ahad 11/7/10 - seramai seratus orang anggota TLDM dari pada Pusat Kepimpinan TLDM dan Wisma Bintara TLDM telah datang mengadakan program gotong-royong, ramah mesra dan sukan bersama semua penghuni Kompleks ini. Mereka turut membantu membersihkan kawasan persekitaran, membuat taman bunga, kolam ikan, padang bola dan sebagainya. Semua penghuni merasa amat gembira dengan lawatan dan kehadiran anggota TLDM ini. Diharapkan program seumpama iniakan diadakan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan TLDM dengan masyarakat terutama golongan anak yatim, fakir miskin, muallaf dan warga emas.

Friday, July 2, 2010

GOTONG ROYONG OLEH KD HANG TUAH

Selasa 29/6/2010 - Seramai 60 orang anggota TLDM daripada KD Hang Tuah telah datang melawat, gotong-royong dan mmengadakan kenduri di Kompleks ini. Mereka datang seawal jam 7 pagi hinggalah jam 5 petang. Antara kerja amal yang telah mereka lakukan ialah memperbaiki loker pelajar yang rosak, membuat padang badminton, sepak takraw dan bola tampar. Pihak pengurusan Kompleks mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasukan KD Hang Tuah, sesuai dengan namanya yang sentiasa berbakti demi orang lain. Moga Allah memberkati kalian.
** gambar akan menyusul**