Monday, May 23, 2011

Mereka Mati Syahid - Mufti Selangor

Anak yatim maut tertimbus syahid

SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya. -SH

(Update) - Foto dan wajah suci anak-anak yatim sehari sebelum tragedi !


Foto anak-anak yatim Madrasah At-Taqwa beberapa hari sebelum ditimpa kemalangan tanah runtuh....Al fatihah..moga kalian damai di sana ! Khemah yang ditimbus tanah runtuh beberapa hari yg lalu.
Komen: Kami seluruh warga Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum bersama AJK Persatuan Kebajikan Al-Furqan mengucapkan takziah dan mudah-mudahan diberikan kesabaran oleh Allah kepada semua keluarga dan pihak yang terlibat. Kami juga pernah mengalami ujian seperti ini, redhalah moga ada hikmah besar disebaliknya.

No comments: