Tuesday, August 2, 2011

Amalan kesukaan nabi Muhammad s.a.w bulan Ramadhan

Posted by epondok di Ogos 1, 2011
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Dikirim dalam Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Syarat sah puasa

Posted by epondok di Ogos 1, 2011

Petikan : almalakawi.wordpress.com

Mereka yang ada syarat ini sah puasanya.

1. Islam maka tidak sah puasa orang yang murtad dan orang kafir sekalipun dia dituntut melakukan cabang-cabang syariat.

2. Berakal maka tidak sah puasa orang gila dan orang yang pitam sepanjang hari yakni dari terbit fajar sehinga terbenam matahari.

Sah puasa orang yang pitam jika dia ada sadar sedikit pada siang hari.

Mumaiyis maka tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumaiyis.

Mumaiyis ialah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

3. Suci dari haidh dan nifas maka batal puasa perempuan yang kedatangan haidh atau nifas sedang dia berpuasa, samaada kedatangan haidh atau nifas itu sesaad lagi hendak berbuka.

Tidak sah puasa perempuan yang darahnya berhentu sesaad selepas terbit fajar.

4. Niat maka wajib menentukan niat pada puasa fardu seperti puasa ramadan, puasa qadak (ganti), puasa nazar, puasa kafarah. Wajib niat pada malam sekiranya puasa fardu, adapun puasa sunat maka harus diniatkan pada siang hari sebelum gelincir matahari yakni sebelum masuk waktu zuhur. Wajib berniat pada tiap-tiap malam pada puasa ramadan.

Mazhab Maliki mengharuskan berniat pada awal ramada dengan berniat sekelian bulan ramadan seperti diniatkan sahaja aku puasa sebulan ramadan pada ini tahun kerana Allah تعالى . Apabila seorang yang bermazhab Syafie berniat puasa sebulan dan dia ada tertinggal berniat pada satu malam maka puasanya sah mengikut mazhab ini, dan tidak perlu mengqadak puasanya, ini dengan syarat dia menjaga pekara yang membatalkan puasa menurut mazhab Maliki.

5. Masuk waktu bagi puasa ramadan atau dapat sebab pada puasa fardu yang lain seperti puasa nazar atau puasa kafarah.

6. Menahan diri dari pekara yang membatalkan puasa

Dikirim dalam Klinik Agama | Leave a Comment »


No comments: