Wednesday, April 28, 2010

ZIARAH PAK MAT DAN ISTERI




r

Pada malam Selasa yang lepas (26/4/10) rombongan Makcik2 dalam pondok telah pergi melawat Pak Mat dan isterinya di KDSK Manjung. Baru-baru ini isteri Pak Mat telah dibedah dan sakit kencing manisnya semakin membimbangkan. Bahkan terpaksa menggunakan mesin homeodialisis. Kami mendoakan kesihatan beliau.

Monday, April 26, 2010

MOTIVASI UST ABDULLAH KHAIRY DRP PENANG

IJTIMAK MINGGUAN PONDOK






Ijtimak mingguan minggu lepas telah diberikan oleh Ust Abd Rahman daripada Negeri Sembilan (Hikam) dan Ust Khairuddin Mat Saman Kati (Kitab Hidayatul Mutafakkirin)

Sunday, April 18, 2010

ZIARAH DAN RAMAH MESRA ANAK PESERTA CHANGKAT LADA





Kakitangan Felcra Changkat Lada telah datang pada 17/4/2010 sambil beramah mesra dengan seluruh warga pondok. Mereka juga bermurah hati untuk membuat rawatan muka kepada warga pondok dan berakhir dengan makan tengahari semalam.

Friday, April 16, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN






Selepas solat Subuh pagi tadi (16/04/10), empat org opah yang khatam Al-Quran telah buat majlis tersebut dengan sedikit sarapan pagi kepada semua warga pondok. Moga berkat semuanya.

Sunday, April 11, 2010

PASANG SPEAKER BARU



















Sabtu 10/4/2010, 2 orang Cikgu Sekolah Teknik iaitu Cikgu Suhaimi dan Cikgu Zainal Hisyam dibantu oleh Botak (bekas pelajar sekolah Teknik, kini belajar di TAFE Kolej Seremban). Pemasangan satu speaker untuk pejabat dan satu lagi dibelakang pondok blok B5 untuk memudahkan panggilan nama pelajar dan laungan azan dan pengajian kedengaran. Moga Allah balas jasa anda semua

PASANG SPEAKER BARU