Monday, April 27, 2009

ISU HANGAT !!! - Anak akan KEKAL agama ASAL walaupun IBU atau BAPA dah menganut ISLAM...!!



Pihak Admin Blog Pondok mengutarakan isu ini dengan menyenaraikan berita yang terbit di Internet untuk nilaian kita bersama. Apakah yang kita boleh harapkan dengan pimpinan negara kita Malaysia yang tercinta ini dalam membela Agama Islam yang suci ini.



BERITA 1
Anak pasangan tukar agama kekal agama asal KEKAL...

Menteri di Jabat
an Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini. Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. "Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan. Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA


BERITA 2

Anak kekal agama: Keputusan Kabinet disambut baik

KUALA LUMPUR: MCA men
yatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam. "Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni. "Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isuisu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet yang menyatakan ibu atau bapa yang menukar agama Islam, anak-anak kekal menganut agama asal semasa berkahwin. Gan berkata, MCA mengulangi pendiriannya bahawa jika agama anak-anak tidak boleh dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa jika ibu atau bapa memeluk Islam, status quo agama kanak-kanak itu hendaklah kekal sehinggalah mereka berumur 18 tahun. Namun, kata beliau MCA melihat keputusan Kabinet itu hanya boleh digunakan di dalam kes di mana ibu bapa bercerai dan seorang daripada mereka menjadi "muallaf" kerana memeluk Islam. Gan berkata, masih timbul persoalan tentang kes-kes perkahwinan sivil yang masih belum diputuskan mengikut undang-undang sivil, contohnya perpisahan walaupun seorang daripada pasangan telah memeluk Islam. "MCA berpandangan keputusan Kabinet digunakan dalam kes-kes seumpamanya walaupun pertikaian perkahwinan sivil belum selesai," katanya. Gan berkata, arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet. Hakikatnya, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan, katanya. Ini, katanya akan mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak. Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak. Presidennya Datuk A. Vaithilingam, yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan. "Kami terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai penukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam," katanya kepada Bernama. Beliau berkata persatuan itu mengharapkan lebih banyak perbincangan dan dialog dengan pemimpin-pemimpin Islam mengenai perkara itu. "Bagi MCCBCHST, kami sedang di dalam proses memohon mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kami memuji mereka kerana segera menangani perkara ini," katanya. BERNAMA

BERITA 2
Status agama anak: Perlu lihat hukum syarak, kata Jakim

PUTRAJAYA: Penentuan status agama anak apabila apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu
dilihat kepada hukum syarak dan perundangan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, menurut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. "Berdasarkan peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12 (4) ini adalah 'parent or guardian', bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud 'ibu atau bapa atau penjaga'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Wan Mohamad berkata, Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya. "Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. "Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju," katanya. Wan Mohamad berkata, dari segi hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam, kerana jika orang itu bukan beragama Islam dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanakkanak di bawah jagaannya. Katanya, hak seorang muallaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan, dan seseorang yang memeluk Islam itu tidak sewajarnya dianggap ingin melarikan diri dari tanggungjawab. Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. Merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu, Wan Mohamad berkata, semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu memandangkan perbicaraan masih belum selesai. Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia merupakan undang-undang utama Persekutuan, katanya. BERNAMA

BERITA 4
Status agama anak: Syor Kabinet bantu baiki hubungan kaum, kata JUST

PETALING JAYA: Syor Kabinet bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain, seharusnya disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr, Chandra Muzaffar berkata, keputusan itu akan membantu memperbaiki hubungan antara kaum di negara ini. "Dalam beberapa tahun lalu, beberapa episod berkaitan dengan pemelukan agama dan tanggungjawab mereka yang menganut Islam terhadap pasangan bukan Islam dan keluarganya telah menyebabkan impak negatif dalam fabrik pelbagai agama kita (negara ini). "Dengan membenarkan kontroversi-kontroversi ini berlarutan, tanpa menyediakan apa-apa penyelesaian, pihak berkuasa secara tidak langsung memburukkan permusuhan antara kaum," katanya. Justeru tambah beliau, keputusan Kabinet juga menekankan inti pati Islam yang memperlihatkan komitmen yang kuat terhadap keadilan dan kesaksamaan. "Adalah salah bagi seseorang yang memeluk Islam untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada pasangan dan anak-anaknya bukan Islam. "Malah, dia juga tidak harus memujuk atau memaksa anak-anaknya yang kecil untuk memeluk Islam. "Sepatutnya mereka kekal dalam agama ibu bapa mereka ketika masa perkahwinan ibu bapa mereka sehingga mereka mencapai usia dewasa, di mana mereka boleh memutuskan agama yang mereka ingin peluk," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan. Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan Kabinet itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh jemaat menteri memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri. Beliau berkata mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. Katanya, Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

BERITA 5
Status agama anak: Makkal Sakthi anggap keputusan positif, berani

PETALING JAYA: Gerakan Makkal Sakthi mengalu-alukan keputusan Kabinet yang menetapkan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Penyelarasnya, R.S Thanenthiran menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah berani, yang dibuat dalam waktu yang singkat selepas Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dibentuk. "Malah keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pimpinan Najib sudah mula memperlihatkan prestasi kerja sebagaimana dijanjikan. "Keputusan ini diambil sebaik sahaja Kabinet mengadakan mesyuarat pertama. Langkah ini akan membolehkan Najib memperoleh sokongan rakyat pelbagai kaum. "Memang tidak dapat dinafikan bahawa akan ada sekumpulan kecil yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi ia akan membawa kebaikan kepada semua," kata beliau kepada mStar Online. Beliau juga menyifatkan keputusan tersebut sebagai hasil ke atas usaha yang telah lama dikemukakan kepada kerajaan. Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanyam bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undangundang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

2 comments:

Unknown said...

Apa sudah jadi dgn melayu islam, majoriti dlm pntadbiran, majoriti dlm populasi penduduk tapi lemah dan gagal dlm mempertahan kan hak dan maruah agama..Atas nama perpaduan kaum, atas matlamat BANGSA MALAYSIA maruah agama sanggup digadai..Siapakah mereka2 ini yg membuat keputusan kanak2 tersebut kembali kpd agama asal? Berdasarkan hadis mana?? Apakah dgn adanya KUASA SEMENTARA tu anda boleh membelakangkan pihak2 berkenaan dlm membuat keputusan? Anda telah menindas dan menganiaya bangsa dan agama sendiri. Anda tergolong dlm kelompok zalim dan dayus!! Anda juga tergolong dalam ancaman ALLAH menjual agama demi kepentingan dunia..Pikir sendiri laa..Sang kafir laknatullah bertepuk tangan dan mendabik dada bila kejayaan diberi oleh orang islam yg lemah iman dan tamak kan dunia! maka mereka pun memuji la lah keputusan konon nya tapat. Pujian Kafir yg tidak memberi syafaat sekiranya anda terpekik terlolong didlm NERAKA KELAK! Bangsa mereka ini mmg ekstrem, sikit2 saman, sikit2 mahkamah, penjenayah yg dh mampus pun disuruh siasat punca kematian, maka melayu pun terhegeh2 pergi menyiasat. Kes terbaru pelajar johor (bangsa tu lah) yg mendakwa cikgu mencubit sampai lebam buat aduan ke jab menteri, org BERKUASA di jab menteri (bangsa yg sama) dgn cetek akal terburu2 bawa pihak media sehingga keluar kas tersebut di TV3, setelah disiasat mmg kesalahan pelajar tu sendiri kerana meraba pelajar perempuan..Moral dpd apa yg berlaku bangsa ni mmg x sedar diri, buat la baik macam mana mana pun mereka x pernah berterima kasih! "BAGI BETIS NAK PEHA", "SIKIT KASI BANYAK MINTAK",, KEPADA mereka2 yg dipuji oleh kafir kerana gagal dlm mempertahankan maruah islam ANDA FIKIR ANDA DAPAT HAK SEPERTIMANA YG ANDA BERI KEPADA MEREKA SEKIRANYA MEREKA MEMERINTAH???..Secara tidak sedar anda menyumbag dlm proses menjatuhkan islam..SYABASSS!!!!

Unknown said...

INgat wahai saudara2 ku yg lemah, kedudukan akedemik anda, kedudukan politik anda bukan lesen untuk anda sewenang2 nya berkata itu dan ini sebab pengetahuan ilmu agama kita x seperti kedudukan akedemik politik yg kt pelajari. Ada perkara yg kt boleh berkompromi dan ada perkara yg tidak boleh.