Tuesday, October 20, 2009
ALLAH LEBIH MENGASIHIMU AMIRUL
Takdir penentu segala. Itulah ucapan paling layak bagi mereka yang masih beriman dengan qadha' dan qadar Allah. Kemalangan yang berlaku pada 10/10/09 yang lalu kita yakini pasti punya hikmah yang hanya Allah yang Maha Mengetahui. Diambilnya orang yang sangat disayangi oleh semua guru, rakan dan opah-opah di pondok ini amat mengejutkan semua pihak. Amirul pelajar yang periang, rajin menolong orang dan manja rupanya lebih disayangi Allah berbanding kasih makhluk padanya. Suka duka dan saat manis selama sepuluh bulan bersama Amirul terasa terbayang-bayang dimata. Kami menerima ujian dan takdir Allah ini dengan redha mudah2an beliau bersama para solihin di syurga firdaus dan Allah sentiasa mencucuri rahmat pada ruhnya. Hingga kini air mata masih menitis bila disebut nama Amirul, sebak didada tak dapat tertahan. Inilah pelajar terbaik yang Manabi'ul Ulum pernah lahirkan dan telah mendahului kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment