Friday, February 27, 2009

UST FAIZAL SWEET & SOUR

rupanya teror jugak syeh ni masak, ingatkan bini saja pandai masak, maklumlah orang pondok
Ni dia sweet & sour dan sayur serta ikan masin masak merah Ust Faizal, licin puak tu tibai

Kuliah Maghrib Bersama Drs Rejab Selamat






Warga Pondok beruntung dapat dengar kuliah maghrib dengan Drs Rajab Selamat, pakar motivasi daripada Kuala Lumpur bersama tayangan LCDnya. Subuh nanti jam 4.30 akan ada pula Qiyamulallail bersama beliau di surau pondok, semua hadirin dijemput hadir.

INI DIA WAJAH I.T MASTER PONDOK


Orang yang banyak berperanan di belakang tabir di sebalik kejayaan Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum ialah Azizan. Teknisyen UniKL. Dia la yang buat semua pamplet pondok, banner dan kalendar. Tahniah dan teruskan sumbangan murni anda, moga Allag membalas dengan syurga di akhirat kelak.

HEBATNYA PELAJAR SKM PRAKTIKAL WIYERING DI PONDOK

Pian pun tunjuk bakat jugakAlat siren elektronik yang dipasang oleh pljr SKM
Botak dengan Degawan posing dengan kipas
Acai @ DAP sedang memeriksa kipas akan dipasang, boleh harap jgk bdk ni
Siap tugasan pertama pasang lampu bilik air
Nak pasang kipas dalam asrama lelaki

Friday, February 20, 2009

PRAKTIKAL SOLAT DI PONDOK

tekun anak yatim dengar ceramah

Hashim Siam praktis jadi imam


Fatahillah pulak dok mengacau

Tuesday, February 10, 2009

PULANGNYA SEORANG PEJUANG


Ust Rosli Sabah sudah pulang ke Tawau setelah 2 bulan lebih membantu urusan anak yatim dan pondok di Kompleks Pendidikan Manabiul Ulum. Kami rasa macam patah kaki bila beliau meninggalkan kami pulang ke kampungnya di Tawau selepas menamatkan pengajiannya di IAIN Medan dalam jurusan Tafsir Hadis. Beliau yang sudah mula membantu pondok mulai daripada awal pembinaan lagi sebelum menyambung pelajarannya ke Indonesia. Moga Allah memberikan rezeki yang murah dan jodoh yang baik pada beliau. Jasamu tetap kami kenang.

Wednesday, February 4, 2009

MUNAJAT PERDANA ESOK

MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: KEDIAMAN MB, IPOH
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR PERAK, PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

Tuesday, February 3, 2009

OLD TRAFFORD DI PONDOK




Setelah sekian lama pelajar pondok terpaksa main bola atas batu kerikil hingga luka dan bengkak2 kaki. Ahad kelmarin Hj Ramlan telah membawa traktor menolak beberapa batang kelapa sawit untuk dijadikan padang bola. maka beraksi riuh rendahlah pemain pondok yang dah lama mengidam nak main bola. Ustaz pun ketagih jugak. "akal yang sihat berpunca daripada tubuh yang sihat"

Monday, February 2, 2009

BERITA MUTAAKHIR PONDOK

10.00 pagi - Uncle Abu Bakar telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian beliau di sana.
4.00 petang - Cikgu Fatihah bersama suami telah menyumbangkan 10 kampit beras kepada pondok. Terima kasih

IJTIMAK MINGGUAN 1 FEBRUARI 2009




1.Pelajar pondok sedang tekun mendengar kuliah daripada Ustaz.
2.Ustaz Ibrahim Astar daripada Kampar menyampaikan kuliah menggunakan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam.
3.Ustaz Khairuddin Mat Saman Kati menyampaikan kuliah dengan kitab Hidayatul Mutafakkirin

Sunday, February 1, 2009

SAMBUTAN HANGAT SEMINAR TAHSIN SOLAT






Seminar sehari yang diadakan pada 31 Januari (Sabtu) jam 9.00 pagi-5.00 petang telah dihadiri oleh peserta seramai 149 orang tidak termasuk pelajar pondok. Seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rozaini b. Abd Rahman ini telah berjaya menarik perhatian ramai berikutan penyampaian yang baik dan mudah difahami oleh Ustaz dalam seminar Haidh, Nifas dan Istihadhoh yang diadakan penghujung bulan 12 yang lalu. Walaupun Ustaz menerima sedikit musibah dalam perjalanan datang ke pondok yang mana keretanya telah kemalangan di Kg Koh namun tidak menghalang beliau bersemangat menyampaikan ilmu kepada peserta. Insya Allah bulan Mac nanti akan diadakan lagi seminar berkaitan bab Muamalat pula di sini. Dewan pondok menjadi sangat padat akibat kehadiran peserta yang ramaai. Alhamdulillah

USTAZ ZUL DATANG LAGI ke pondok



Ustaz Zulkifli daripada Kuala Nerang datang lagi untuk kali kedua pada 21-24 Januari yang lalu untuk menyambung kitab Al-Syu'bul Iman. Sambutan kali ini juga amat baik daripada masyarakat sekitar.