Monday, November 29, 2010

CERAMAH PALASTINE





28/11/10- Ceramah Palastin malam tadi jam 10 disampaikan oleh Abg Raie daripada Manjung. Beliau telah memaparkan penderitaan dan perjuangan rakyat Palastin terutamanya kanak2. Ini dapat menyedarkan semua pelajar tentang beruntungnya kita dan apa yang perlu kita lakukan bagi membela maruah diri dan agama kita. Ceramah berakhir jam 11 malam.

PENGURUSAN JENAZAH PEREMPUAN




28/11/10- Pelajar muslimat pulak mengadakan program pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh Ustazah Rozita daripada KAGAT TLDM Lumut. Semua pelajar dapat memahami cara pengurusan jenazah yang sebenar kerana mereka yang melakukannya sendiri.

Gotong Royong dan Motivasi dengnaWisma Bintara TLDM




Ahad 28/11/10 - seramai 80 krew Wisma Bentara TLDM Lumut telah datanng ke pondok membuat gotong royong, sukaneka dan motivasi bersama semua warga pondok termasuk peserta Kem Pondok Intensif.

Sunday, November 28, 2010

PENGURUSAN JENAZAH DI PONDOK





































Pagi tadi 27/11/10 kami telah mengadakan praktikal pengurusan jenazah untuk pelajar lelaki bermula dengan mandi dan mengkafankan jenazah yang dilakukan sendiri oleh peserta program Kem Pondok Intensif 2010. Penerangan bermula dengan adab menziarahi orang sakit dan tandatanda mati hinggalah selesai disampaikan oleh Ustaz Zamani. Para pelajar nampaknya dapat memahi dengan jelas kerana mereka sendiri yang perlu memandi dan mengkafankan jenazah kawan mereka. Mudah-mudahan mereka juga dapat menguruskan jenazah keluarga mereka nanti.

Friday, November 26, 2010

KEM PONDOK INTENSIF 2010














































Masuk hari keempat berjalannya Program Kem Pondok Intensif 2010 yang pada kali ini menampung peserta seramai 91 orang. Semua pelajar gembira walaupun masih ada juga yang menangis kerana teringatkan ibubapa di rumah namun ini pengalaman baru bagi mereka. Teruskan perjuangan anda.

Thursday, November 18, 2010

KORBAN LEMBU DENGAN 501 SUPER LYNX TLDM
























Khamis 18/11/10- Meriahnya sambutan Aidil Adha tahun ini kerana pondok diberikan dua ekor lembu korban oleh Skuadron 501 KD Rajawali TLDM Lumut. Bersama anggota seramai 55 orang kami bersama-sama menyembelih haiwan korban tersebut, diangihkan dagingnya kepada semua staf 501, warga pondok dan masyarakat miskin di sekitar Batu 10 Lekir. Kehadiran CO 501 memriahkan lagi majlis tersebut. Kami amat berssyukur atas sumbangan tersebut moga Allah sajalah yang dapat membalas jasa tuan-tuan. Amin