Sunday, January 23, 2011

GOTONG ROYONG DENGAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN





Sabtu-22/1/2011, seramai 28 orang pegawai dan peserta daripada AADK Cawangan Manjung telah sudi datang menjalankan gotong royong bersama warga pondok. Bermula jam 9 pagi hinggalah jam 2 petang mereka bersama semua warga pondok terdiri daripada anak yatim, muallah, fakir miskin dan warga emas bersama-sama memberishkan kawasan sekitar Kompleks dan makan tengahari serta solat Zohor berjamaah. Moga kerja murni ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang. Terima Kasih

Saturday, January 22, 2011

TAHLIL MASUK RUMAH BARU





Jumaat - 21/1/2011 - semua warga pondok dijemput ke Majlis baca Yasin dan Tahlil di rumah Pankndak bersebelahan pondok bagi mendoakan masuknya mereka ke rumah yang baru didirikan. Moga Pakndak dan isteri bahagia dan dirahmati Allah serta dapat keberkatan di rumah baru mereka serta dapat belajar pondok sebaiknya.

Wednesday, January 19, 2011

LAWATAN WARGA EMAS AL-JENDERAMI








Isnin 17/1/2011- Kompleks kita didatangi tetamu daripada Yayasan Al-Jenderami Selangor. Dalam lawatan warga emas daripada Al-Jenderami seramai 46 orang itu, kami dapat bersilaturrahim kerana ada warga emas yang dulunya pernah tinggal di sana sekarang berpindah ke pondok kita di Batu 10 ini. Setelah mendengar taklimat ringkas daripada Hj Ramlan mereka dibawa melawat kawasan sekitar pondok dan makan tengahari bersama. Rombongan tersebut pulang sekitar jam 2.30 petang

Saturday, January 15, 2011

Ubati sihir dengan perubatan Islam

DIkirim oleh epondok di Januari 14, 2011

Oleh Mohd Fadly Samsudin

BERSAMA KELUARGA....keluarga pesakit yang menjalani rawatan boleh bersama-sama membantu  memberi sokongan.
BERSAMA KELUARGA….keluarga pesakit yang menjalani rawatan boleh bersama-sama membantu memberi sokongan.

AMALAN sihir terlalu luas ilmu dan perlakuannya. Ia boleh disampaikan melalui pelbagai cara termasuk makanan, minuman, angin, perbualan telefon, bersalaman, berpelukan serta pandangan mata.

Namun, ramai yang tidak terfikir ada segelintir manusia berniat jahat menggunakan khidmat bomoh atau pawang untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

sebelum selepas

Kaedah lain yang dikesan dalam amalan sihir ialah santau sama ada melalui tiupan angin ke dalam makanan, minuman atau mengambil barangan milik seseorang seperti gambar, rambut dan pakaian.

Sebab itu, Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Orang yang mempelajari ilmu sihir, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (Surah al-Baqarah ayat 102) 

Rasulullah s.a.w menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang merosakkan serta menghancurkan. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Sahabat bertanya: ‘Apakah tujuh perkara itu, Ya Rasulullah?” Jawab Nabi, iaitu: ‘(1) menyekutukan Allah, (2) sihir (3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak (4) makan harta riba (5) makan harta anak yatim, (6) lari dari peperangan, (7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman’”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan perbuatan sihir atau berjumpa tukang sihir untuk mengubati penyakit yang dikenakan kepadanya atau untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Ibnu Mas’ud berkata: “Barang siapa ke tukang ramal, atau tukang sihir atau tukang tenung, kemudian dia bertanya dan percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka sungguh dia kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w”. (Riwayat Bazzar dan Abu Ya’la)

Bukan saja tukang sihir bahkan mereka yang percaya terhadap sihir itu juga berdosa besar.

Lebih-lebih lagi, sihir itu digunakan untuk melakukan kejahatan seperti mengganggu kebahagiaan orang dan memecahbelahkan hubungan suami isteri.

Bagi menjaga keselamatan diri dan mengubati penyakit, terdapat cara terbaik yang menurut ketetapan syariat. Jika sihir tidak memberi kesan dan tidak memudaratkan tentulah Allah s.w.t tidak akan memerintahkan kita supaya berlindung dengan-Nya daripada kejahatan sihir.

Bagi mereka yang terkena penyakit ‘buatan’ seperti ini, pasti akan mencari kaedah perubatan terbaik untuk pulih. Masa itu, tiada lagi difikirkan, malah sanggup berhabisan wang ringgit untuk membayar kos rawatan.

Memandangkan rawatan moden di hospital tidak dapat ‘membantu’ memulih penyakit terpaksalah merujuk masalah mereka kepada pengamal perubatan Islam.

Namun, bukan mudah mendapatkan rawatan berlandaskan syariat kerana ramai yang tertipu. Jadi, orang ramai perlu berhati-hati kerana ada pihak turut menggunakan al-Quran untuk mengaburi mata orang ramai.

Lihatlah latar belakang mereka yang menjalankan rawatan berkenaan terlebih dahulu dan pilih mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar dalam bidang perubatan serta faham hukum agama.

Elak mendapatkan rawatan daripada pihak yang mengenakan caj terlalu tinggi. Mereka bukannya mengikut tuntutan agama, tetapi hanya mahu keuntungan semata-mata.

Tindakan itu memberi gambaran yang tidak baik kepada amalan perubatan Islam dan agama kerana tersasar daripada falsafah perubatan Islam yang menekankan konsep tolong menolong.

Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS), Datuk Dr Basharuddin Panjang Ahmad, berkata sihir itu adalah gabungan atau kombinasi antara iblis dan jin.

“Hukum mengamalkan sihir itu adalah haram manakala pengamalnya kufur. Sihir mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada manusia tanpa memberi sebarang manfaat.

“Perubatan Islam jelas menggunakan al-Quran sebagai bacaan dalam rawatan tanpa adanya jampi atau mantera yang meragukan,” katanya.

Beliau berkata, di PPISS sebelum proses rawatan, diadakan majlis bacaan Al-Fatihah, beristighfar, syahadah, tazkirah ringkas, bertahmid, bertakbir, berzikir munajat dan serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

“Pesakit bersama-sama perawat akan membaca beberapa surah atau potongan surah dari al-Quran dan doa.

“Rawatan berlandaskan syariat akan membaca al-Quran secara jelas tanpa berbisik-bisik selain membenarkan ahli keluarga bersama-sama ketika dirawat,” katanya.

Dr Basharuddin berkata rawatan alternatif kaedah Islam bukan sahaja berperanan membentuk kesinambungan usaha rawatan moden, malah pelengkap dalam menilai serta menyelesaikan masalah atau penyakit.

“Rawatan bukan tidak terhad untuk mengubati penyakit, malah bertindak menghalang dan menilai secara menyeluruh sebab penyakit dan langkah pencegahannya,” katanya.

Beliau berkata rawatan kaedah Islam mengamalkan terapi secara informasi iaitu menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al-Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan.

“Sehingga kini ramai pesakit yang sembuh daripada penyakit seperti gangguan jin, saka, kencing manis, barah, masalah rumah tangga, sakit lutut, batu karang dan sebagainya.

“Asas perubatan ini bermula daripada keyakinan bukan saja melalui minda atau akal tetapi hati. Setiap manusia dianugerahkan ‘kuasa’ akal dan minda yang berupaya menguasai pergerakan sistem badan,” katanya.

Beliau berkata ilmu perubatan Islam merangkumi kaedah moden, alternatif dan tradisional untuk memenuhi gaya kehidupan yang aman dan harmoni.

“Panduan yang digunakan dalam Islam untuk menilai dan menentukan gaya hidup yang baik itu adalah berdasarkan al-Quran dan contoh daripada Nabi Muhammad.

“Perubatan Islam mensyaratkan kita berusaha memperbaiki gaya hidup, berusaha untuk memulihkan kesihatan dan memohon keizinan daripada Allah kerana Dialah yang menyembuhkan segala penyakit.

“Di PPISS kami gabungkan sokongan pendoa, pembantu perubatan serta individu lain.

“Sebagai agama tauhid, penyembuhan penyakit melalui penggunaan ayat al-Quran dan doa yang diamalkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan penting,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli, berkata setiap perbuatan jahat yang dilakukan bagi menganiaya sesama insan pasti Allah membalasnya di dunia lagi.

“Mengamalkan ilmu sihir untuk menyakiti atau mengkhianati orang lain adalah syirik. Mereka kekal sebagai ahli neraka selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha.

“Kesedaran orang ramai berkenaan dengan tegahan Islam dalam amalan ilmu sihir ini diharap dapat membantu masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang benar.

“Peranan ulama serta tokoh agama dalam hal kritikal ini cukup penting terutamanya menanamkan dalam hati masyarakat bahawa kaedah yang bertentangan dengan agama perlu ditinggalkan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata amalan sihir akan mewujudkan masyarakat yang lemah akhlak serta pegangan akidahnya.

“Islam mahukan umatnya berpegang teguh kepada prinsip asas syariah supaya menjalani kehidupan dengan menjaga agama, nyawa, keturunan dan harta.

“Justeru, segala perbuatan syirik dan khurafat dalam masyarakat hendaklah dibanteras,” katanya.

Mengulas kaedah rawatan Islam yang terbaik, Muhd Zainul berkata orang ramai dinasihatkan jangan mendapatkan rawatan daripada pengamal yang menggunakan kaedah kemenyan, berasap, menurun atau menilik.

“Pengamal perubatan Islam dikenali sebagai ‘tibb nabawi’ yang mempraktikan perubatan berasaskan sumber dari al-Quran sebagai (syifa) dan Sunnah.

“Pelaksanaan perubatan Islam perlu tahu membezakan antara yang benar dan syirik. Perubatan Islam tidak sekadar membacakan ayat al-Quran atau jampi, tetapi yakin terhadap kuasa Allah,” katanya.

Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

DIkirim oleh epondok di Januari 14, 2011

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

“Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

NONE“Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

NONEJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

NONE“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

“Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Selamatkan umat Islam dari industri arak

DIkirim oleh epondok di Januari 14, 2011

Oleh Hamizul Abdul Hamid

Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.

Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.

Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.

Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ – dengan syarat mereka beriman sepenuh hati – bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.

Dari situlah terbit rasa ‘melawan’ dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan ‘halal’ atau ‘harus’ berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.

Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Dalam bahasa lain, arak ‘menghilangkan kewarasan akal’. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khlayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!

Kata nabi: “Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal,” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)

Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.

Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap ‘fakir’.

Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan – sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).

Ibnu ‘Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)

Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah ‘terkandas’ sekian lama dalam industri arak ini.

Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.

Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.

Nabi SAW menegaskan: “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: “Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya.” (Riwayat Thabrani).

Wallahua’lam

BUMI SEMAKIN TUA ATAU TUHAN MURKA

Hampir 400 orang mati sekelip mata akibat tanah runtuh dan lumpur

Rescue workers search for victims after heavy rains caused mudslides in a low-income neighbourhood in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 230 lost their lives in Teresopolis alone.

Rescue workers search for victims after heavy rains caused mudslides in a low-income neighbourhood in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 71 lost their lives in Teresopolis alone.

People walk through the wrecked streets of a low-income neighbourhood after heavy rains caused mudslides in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 71 lost their lives in Teresopolis alone.

Rescue workers search for victims of a landslide in Teresopolis January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 160.

A woman observes the wreckage caused by mudslides and flooding in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 13, 2011. Rescuers searched through layers of mud Thursday for survivors and bodies after freakishly heavy rains caused landslides and torrents to slice through three towns near Rio de Janeiro, killing at least 356 people.

A woman observes the wreckage caused by mudslides and flooding in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 13, 2011. Rescuers searched through layers of mud Thursday for survivors and bodies after freakishly heavy rains caused landslides and torrents to slice through three towns near Rio de Janeiro, killing at least 356 people.

A car stuck in a tree is seen among wreckage caused by landslides and flooding in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 13, 2011. Rescuers searched through layers of mud Thursday for survivors and bodies after freakishly heavy rains caused landslides and torrents to slice through three towns near Rio de Janeiro, killing at least 356 people.

People stop to observe a fallen car after heavy rains caused mudslides in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 71 lost their lives in Teresopolis alone.

People walk through the wrecked streets of a low-income neighbourhood after heavy rains caused mudslides in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 230 lost their lives in Teresopolis alone.

A delivery truck is seen stuck among wreckage caused by landslides and flooding in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 13, 2011. Rescuers searched through layers of mud Thursday for survivors and bodies after freakishly heavy rains caused landslides and torrents to slice through three towns near Rio de Janeiro, killing at least 356 people.

A general view of a street after heavy rains caused mudslides in a low-income neighbourhood in Teresopolis, some 100 km from downtown Rio de Janeiro, Brazil on January 12, 2011. Authorities have stated that more than a thousand people have been left without homes and 71 lost their lives in Teresopolis alone.

An aerial view shows a landslide-affected area in Teresopolis January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 127.

An aerial view shows a landslide-affected area in Teresopolis January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 127.

An aerial view shows a landslide-affected area in Teresopolis January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 127.

An aerial view shows a landslide-affected area in Teresopolis January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 127.

A destroyed car is seen after a landslide in Teresopolis January 13, 2011. The death toll from the devastated mountainous region near the city of Rio de Janeiro was expected to rise as rescuers reached the more remote areas. Heavy rains earlier in the week killed 13 people in Sao Paulo state, bringing the total number of deaths in southern Brazil to at least 369.

Residents walk past destroyed cars after a landslide in Teresopolis January 13, 2011. The death toll from the devastated mountainous region near the city of Rio de Janeiro was expected to rise as rescuers reached the more remote areas. Heavy rains earlier in the week killed 13 people in Sao Paulo state, bringing the total number of deaths in southern Brazil to at least 369.

An aerial view shows damage caused to a street after heavy rains in Nova Frigurgo City January 12, 2011. Floods and landslides devastated towns in a mountainous area near Rio de Janeiro, killing dozens of people and bringing the death toll on Wednesday from days of heavy rain in southern Brazil to at least 127.

Rescuers are seen on boats in a flooded area in downtown Franco da Rocha, some 35 kilometers west of Sao Paulo, Brazil, on January 12, 2011. The deaths added to 13 counted in Sao Paulo Monday and Tuesday, bringing the overall death toll for southeast Brazil to 109 so far this week.

Children look at residents evacuating a dog on a kayak at a flooded area in downtown Franco da Rocha, some 35 kilometers west of Sao Paulo, Brazil, on January 12, 2011. Days of flooding and mudslides have left at least 109 people dead in southeast Brazil, with a mountainous region near Rio de Janeiro bearing the brunt Wedesday.

The foot of a victim is pictured after a landslide in Teresopolis January 13, 2011. The death toll from the devastated mountainous region near the city of Rio de Janeiro was expected to rise as rescuers reached the more remote areas. Heavy rains earlier in the week killed 13 people in Sao Paulo state, bringing the total number of deaths in southern Brazil to at least 369.

The foot of a victim is pictured after a landslide in Teresopolis January 13, 2011. The death toll from the devastated mountainous region near the city of Rio de Janeiro was expected to rise as rescuers reached the more remote areas. Heavy rains earlier in the week killed 13 people in Sao Paulo state, bringing the total number of deaths in southern Brazil to at least 369.