Saturday, October 31, 2009

KULIAH MATAN JAUHARAH TAUHID

Alhamdulillah..pada hari Sabtu dan Ahad lepas (31 Okt. 2009 dan 1 Nov. 2009) telah berlangsung kelas pengajian ilmu tauhid, Kitab Matan Al Jauharah bertempat di Dewan Seminar Kompleks Pendidikan Manabi'ulUlum, Batu 10 Lekir. Kuliah disampaikan oleh AF. Ustaz Ahmad Rozaini Abdul Rahman dari Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu Grik. Insyaallah kuliah ini akan bersambung pada hari yang akan ditetapkan kemudian, jadi kepada yang terlepas kali ini rajin rajin la menjenguk blog pondok untuk memastikan tarikh kuliah akan datang. Berikut adalah sebahagian gamba kuliah yang sempat dirakam. Syukran kepada semua yang hadir.









Thursday, October 22, 2009

MOGA CEPAT SEMBUH

Makcik Syuhada jaga Umairah dan Fatahillah di hospital beberapa hari, kena tido atas kerusi je, terima kasih banyak.
Umi dengan anak kesayangan
Abuya dengan Ummi tak pernah lekang tengok dan jaga Fatahillah & Umairah mcm anak sendiri sejak dari awal kemalangan lagi. Jazakallah
Solihin patah kedua belah tangan dan cedera di muka.
Fatahillah cedera di mata dan kepala
Umairah patah tangan kanan dan retak bahu kiri
Alhamdulillah mereka semua sudah keluar daripada hospital cuma tangan saja masih bersimen. Hanya Fatahillah saja yang boleh dikatakan sembuh sepenuhnya. Namaun trauma kemalangan tersebut masih terasa.

Tuesday, October 20, 2009

ALLAH LEBIH MENGASIHIMU AMIRUL

Takdir penentu segala. Itulah ucapan paling layak bagi mereka yang masih beriman dengan qadha' dan qadar Allah. Kemalangan yang berlaku pada 10/10/09 yang lalu kita yakini pasti punya hikmah yang hanya Allah yang Maha Mengetahui. Diambilnya orang yang sangat disayangi oleh semua guru, rakan dan opah-opah di pondok ini amat mengejutkan semua pihak. Amirul pelajar yang periang, rajin menolong orang dan manja rupanya lebih disayangi Allah berbanding kasih makhluk padanya. Suka duka dan saat manis selama sepuluh bulan bersama Amirul terasa terbayang-bayang dimata. Kami menerima ujian dan takdir Allah ini dengan redha mudah2an beliau bersama para solihin di syurga firdaus dan Allah sentiasa mencucuri rahmat pada ruhnya. Hingga kini air mata masih menitis bila disebut nama Amirul, sebak didada tak dapat tertahan. Inilah pelajar terbaik yang Manabi'ul Ulum pernah lahirkan dan telah mendahului kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil.

Saturday, October 10, 2009

MUSIBAH MENIMPA PONDOK...KEMALANGAN

Musibah dan Ujian Allah kepada para penghuni pondok, itulah yang paling tepat perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang berlaku petang tadi. Kemalangan yang berlaku telah menyebabkan seorang anak yatim telah kembali ke rahmatullah. Kemalangan berlaku akibat rempuhan kereta al fadhil ustaz yang telah melanggar divider jalan berhampiran jambatan, ( berdekatan UniKL MIMET ). Ketika posting ini ditulis, semua masih menanti dengan sabar di hospital dan juga di podok. Berita lanjut menyusul.
Bersama samalah kita berdoa kepada Allah agar diselamatkan segala mangsa kemalangan.

-admin blog pondok-
10.10.2009
8.16 malam.

Tuesday, October 6, 2009

PROGRAM TARBIAH SAUDARA BARU DI PUSAT PENDIDIKAN MANABIUL’ULUM BATU 10 LEKIR.



SELASA 6/10/09, SERAMAI 3 ORANG SAUDARA BARU TELAH DI SERAHKAN OLEH JAIPk KEPADA PENTADBIRAN PUSAT PENDIDIKAN MANABIUL’ULUM UNTUK PROGRAM PEMANTAPAN KEISLAMAN MEREKA YANG TERDIRI DARI 2 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DARI SUKU KAUM ORANG ASLI. PENYERAHAN TELAH DI LAKUKAN OLEH WAKIL JAIPk IAITU UST. YUSRI BIN ABD RANI (PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN UKHWAH )SERTA MEGAT KHAIRUNI BIN HJ MEGAT IBRAHIM (PENYELIA MUBALIGH NEGERI PERAK) KEPADA PENGERUSI PUSAT PENDIDIKAN MANABIUL’ULUM UST. SYED SHARIM BIN SHAYID KHALIM BERTEMPAT DI DEWAN PUSAT PENDIDIKAN TERSEBUT.

TURUT HADIR : AHLI LEMBAGA PENGARAH PUSAT PENDIDIKAN MANABIUL’ULUM SAUDARA MOHAMAD RIDZUAN HAJI SUDIN SERTA USTAZ HUSSIN (PEWAKAF TANAH)

INI ADALAH KALI PERTAMA PIHAK JAIPk MENYERAHKAN SAUDARA BARU YANG MEMELUK ISLAM UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM YANG BERTERUSAN KEPADA PUSAT PENDIDIKAN TERSEBUT. APA YANG JELAS IANYA ADALAH MENJADI SATU NADI SILATURAHIM DIANTARA PIHAK JAIPk DENGAN PUSAT-PUSAT PENDIDIKAN DALAM NEGERI PERAK.

SAUDARA BARU YANG DIHANTAR INI JUGA ADALAH ATAS KERELAAN SENDIRI UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA WALAUPUN TELAH LAMA MEMELUK AGAMA ISLAM DAN MEREKA AKAN DIAJAR DENGAN PENDIDIKAN ISLAM YANG BERTERUSAN DENGAN PROGRAM –PROGRAM YANG TELAH DI ATUR OLEH PIHAK PENTADBIRAN .

PADA MULANYA SERAMAI 11 ORANG SAUDARA BARU YANG AKAN DIHANTAR KESINI, NAMUN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN , HANYA 3 ORANG SAHAJA YANG HADIR. MEREKA YANG HADIR IALAH : 1) NAMA:

1.) NAMA : HAMIZI BIN AZMAN . umur 21 thn. ALAMAT : KG SUNGAI RABA RPS BANUN 33300 GERIK PERAK

SATU KELUARGA PELUK ISLAM

2) NAMA : ASIAH UMUR : 19 thn . RPS KG CHIONG TASIK BANDING

3) LINDA BT ENJOK UMUR : 18 TAHUN, ULU RABA RPSBANUN

PIHAK MANABIUL ULUM AMAT BERBESAR HATI DI ATAS KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PIHAK JAIPk BAGI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT BESAR INI. BAGI PENGERUSI PUSAT PENDIDIKAN , TERDAPAT JUGA GOLONGAN WARGA EMAS , FAKIR MISKIN ,SERTA ANAK-ANAK YATIM YANG MENETAP DISINI YANG MANA SEGALA KOS-KOS PENTADBIRAN ADALAH DARI SUMBANGAN ORANG RAMAI, ORANG PERSEORANGAN, SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT SERTA PELBAGAI AGENSI. PADA 17 OKT INI JUGA AKAN DIADAKAN SATU MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI YANG MANA DI TAJA OLEH BOUSTED SDN BHD IAITU SYARIKAT PERKAPALAN YANG BERPANGKALAN DI LUMUT. UST. SYED SHARIM JUGA MENGALU-ALUKAN JIKA ADA INDIVIDU ATAU SYARIKAT YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN DALAM APA JUA BENTUK SUMBANGAN KEPADA PONDOK INI.