Monday, August 6, 2012

PELAJAR LELAKI SAMBUT HARI LAHIR MUDIR

Sabtu 14/7/12 - Pulang daripada menyampaikan zakat dan fidyah kepada fakir miskin di Pengkalan Hulu, Perak, jam sudah menunjukkan hampir 10 malam, badan terlalu letih dan mata dah nak terpejam. Tiba-tiba baru nak baring di katil, Fatahillah (anak) beritahu semua pelajar lelaki berkumpul depan rumah nak jumpa Ust Syed, apahal pulak dah! bergaduh ke budak-budak ni, angin pun hampir nak naik bercampur dengan keletihan tubuh. Buka je pintu depa kata "Selamat Hari Lahir Ust, kami dah terlambat ni, tapi kami beli kek", tengok di tangan Halim ada kek coklat nak mereka semua tersengih macaam coklat tu jugak. Ana mengucapkan jazakallah kepada semua pelajar, teruskan usaha menuntut ilmu kerana itu target kita biar berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih semua.

No comments: